Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1731050741:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 235134
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:136:"'Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya,' kata Alias";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 181
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750128621";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750128621
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Mangsa kes pukul berterima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, bantu beri keadilan | Scoop

Mangsa kes pukul berterima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, bantu beri keadilan

'Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya,' kata Alias

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang anggota kerabat diraja Pahang dan sekumpulan individu pada Jun lalu, berterima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kerana membantu memberikan keadilan kepadanya.

Alias Awang, 44, yang kini menganggur berkata, Tengku Mahkota Pahang telah membantu dalam kes berkenaan.

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini sudah di mahkamah, biarlah undang-undang yang memutuskannya,’’ katanya, lapor Berita Harian.

Kes itu mendapat perhatian setelah seorang lelaki mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada Jun lalu.

Salah seorang tertuduh adalah Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, yang merupakan anak saudara Sultan Pahang.

Tengku Hassanal kemudiannya meminta polis menjalankan siasatan penuh, telus dan adil terhadap kes berkenaan.

“Sekiranya terbukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

“Semua pihak adalah sama di sisi undang-undang dan saya sesekali tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kerabat yang terlibat dengan sebarang jenayah dan kesalahan undang-undang,” kata Tengku Hassanal.

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, (dua, kiri) bersama empat lagi lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, semalam atas pertuduhan mencederakan seorang individu, Jun lepas. – Gambar Bernama, 8 November, 2024

Semalam, seorang kerabat diraja Pahang dan seorang anggota polis merupakan antara lima lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20; Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39; Mohd Fouzi Md Nur, 44; Mohd Taufik Daud, 32; dan Khairul Azhar Rosli, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan Alias, dengan menggunakan sebilah pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek, di sini, kira-kira jam 12.20 tengah malam 6 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dalam laporan sebuah portal sebelum ini, Alias, yang juga bapa kepada lapan anak berkata dia difahamkan serangan terhadapnya dibuat susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, yang mana dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ. – 8 November, 2024

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Operators have two years to adhere to campsite guidelines: Local Govt Ministry

Its minister Nga Kor Ming said the guidelines, which come into effect this month, are intended to be a guide to the management and operation of campsites for the authorities, entrepreneurs and campsite operators as well as the public. 

Related