Polis siasat pihak curi bahagian badan harimau belang: Nik Nazmi

'Pemandu telah pun dikenalpasti tetapi mengenai kecurian itu, apa yang kita dapat maklumat mungkin pihak lain,' kata Nik Nazmi

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Polis telah mengenal pasti pemandu lori yang dipercayai melanggar mati seekor harimau belang yang mana sebahagian anggota badan harimau itu hilang dipercayai dicuri, di Perak semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, anggota badan harimau yang hilang itu adalah empat gigi, taring, kuku di bahagian kaki, kulit ekor dan sebahagian kulit di kepala binatang terbabit.

“Pemandu telah pun dikenalpasti tetapi mengenai kecurian itu, apa yang kita dapat maklumat mungkin pihak lain.

“Itu masih dalam siasatan pihak polis dan kita sedang mendapatkan maklumat lanjut untuk melihat siapa yang bertanggungjawab ke atas kecurian bahagian-bahagian bangkai harimau itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Enggang Kebangsaan yang pertama di Shah Alam, hari ini.

Semalam tular video yang memaparkan seekor harimau belang yang mati akibat digilis lori dengan kepalanya putus di Kilometer 67.1, di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Lebih menyedihkan hanya tinggal kepala harimau dan beberapa bahagian badan hilang dipercayai dicuri.

Sementara kulit binatang itu pula kelihatan seolah-olah disiat.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, hasil penelitian pihaknya mendapati banyak bahagian daripada harimau belang ini didapati hilang. – 10 November, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related