Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1731848654:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 80
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749861751";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749411151";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749861751
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 236375
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:111:"Azam berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai rasuah boleh memohon perlindungan pemberi maklumat";}
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
SPRM beri jaminan lindungi pemberi maklumat: Azam | Scoop

SPRM beri jaminan lindungi pemberi maklumat: Azam

Azam berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai rasuah boleh memohon perlindungan pemberi maklumat

9:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan dan komitmen untuk melindungi pemberi maklumat mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata isu berkenaan pemberi maklumat sering disalah faham oleh masyarakat dan ada yang beranggapan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai rasuah boleh memohon perlindungan pemberi maklumat.

Beliau berkata negara mempunyai undang-undang dan prosedur untuk memastikan pemberi maklumat dilindungi daripada tindakan balas yang tidak wajar namun ia mesti dilakukan mengikut undang-undang bagi menjamin keberkesanannya serta mengelakkan penyalahgunaan.

“Pertama, seseorang tidak boleh mendedahkan maklumat kesalahan kepada umum dan kemudian memohon perlindungan pemberi maklumat. Ini kerana dia mungkin telah mendedahkan identiti dirinya, dan mendedahkan maklumat yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

“Jadi adalah tidak munasabah untuk mengharapkan penguat kuasa menjamin perlindungan kepadanya sebelum dia membuat laporan atau aduan kepada agensi penguat kuasa,” katanya dalam sesi temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Azam berkata seseorang yang terlibat dalam kesalahan yang didedahkannya, tidak layak memohon perlindungan pemberi maklumat dan ia dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 11(1) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Seksyen itu menetapkan bahawa agensi penguatkuasaan boleh membatalkan perlindungan pemberi maklumat jika didapati pemberi maklumat tersebut turut terlibat dalam salah laku yang didedahkan,” katanya.

Setelah memenuhi syarat-syarat yang termaktub dalam akta itu, Azam berkata SPRM akan memastikan identiti pemberi maklumat dan maklumat yang disampaikan dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada sesiapa, termasuk semasa perbicaraan di mahkamah.

“Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan tindakan sivil, jenayah atau tatatertib atas pendedahan tersebut dan dilindungi daripada sebarang tindakan yang menjejaskan akibat pendedahan itu. Perlindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat,” katanya.

Azam berkata Seksyen 25 Akta SPRM 2009 juga menetapkan sekiranya gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah, seseorang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kegagalan untuk melapor permintaan atau memperoleh suapan juga boleh dihukum penjara dan didenda,” katanya. – 17 November, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related