Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1732087937:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 140
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 236721
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:164:"Larangan penggunaan soket 3pin dan USB dalam semua bas ekspres itu berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh MOT
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749562949";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:13;i:1;i:14;i:1;i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749350172";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:2;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749562949
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Penggunaan soket elektrik 3 pin, USB dalam bas dihentikan serta merta: Loke | Scoop

Penggunaan soket elektrik 3 pin, USB dalam bas dihentikan serta merta: Loke

Larangan penggunaan soket 3pin dan USB dalam semua bas ekspres itu berkuat kuasa sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh MOT

3:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pengendali bas diarah menghentikan serta-merta penggunaan soket elektrik 3 pin dan pengecas mudah alih (USB) dalam bas, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, arahan berkenaan susulan kematian seorang remaja akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Butterwoth. Pulau Pinang pada awal bulan ini.

Jelasnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) telah mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu supaya penggunaan soket tersebut dalam bas dihentikan serta-merta sehingga polisi dan garis panduan pendawaian tambahan baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Kita kenal pasti antara punca insiden ini berlaku adalah disebabkan pemasangan pendawaian yang tidak teratur dalam bas terbabit oleh pihak tidak bertauliah.

“Pendawaian bas ini baharu, tetapi apa yang dikenal pasti oleh pasukan ini ialah ada pendawaian tidak teratur menyebabkan ia tidak selamat, iaitu pendawaian soket dipasang secara terbalik jadi ada input dan output terbalik.

“Voltan yang tinggi dikeluarkan melalui soket tersebut dan bila voltan itu mengalir dalam badan mangsa menyebabkan kematian berlaku. Itu yang kita kenal pasti antara punca insiden ini berlaku.

“Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa (renjatan yang maut) menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna (soket) tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada 3 November lalu, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut dengan kesan melecur di tangan kiri akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke KL Sentral ditemui maut dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.

Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan (Apad) menggantung serta-merta operasi bas ekspres berkenaan dan satu Pasukan Petugas Khas turut ditubuhkan bagi menyiasat agar kejadian sama tidak lagi berulang.

Pasukan Petugas Khas itu dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mengulas lanjut, Loke berkata, jika syarikat bas menghidupkan semula soket elektrik itu, bas tersebut perlu menjalani pemeriksaan dengan pihak yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Syarikat pengendali digalakkan untuk menghantar bas berkenaan menjalani pemeriksaan pendawaian tambahan dan pengujian yang telah diakreditasi oleh Suruhanjaya Tenaga. Sekiranya lulus mereka boleh serahkan kepada APAD untuk guna semula soket itu,’’ katanya.

Loke turut memberitahu, meskipun ia merupakan satu insiden yang menyedihkan namun kejadian itu memberikan kesedaran perlunya garis panduan terhadap pendawaian elektrik dalam bas.

Garis panduan baharu itu, katanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan kerana melibatkan perubahan pada prosedur, peraturan dan perundangan dari segi kaedah kerana aspek pendawaian elektrik dalam bas tidak ada dalam piawaian. – 20 November, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related