Siasatan kes Faisal Halim masih diteruskan: KPN

Polis masih giat menjalankan siasatan bagi mencari petunjuk baharu kes dan sehingga kini tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan, manakala 23 individu telah diambil keterangan

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata polis masih giat menjalankan siasatan bagi mencari petunjuk baharu kes tersebut dan sehingga kini tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan, manakala 23 individu telah diambil keterangan.

“Hasil analisis forensik terhadap telefon bimbit mereka mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka mengaitkan mereka terlibat dalam kes itu. Pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka juga tidak menemukan sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati nombor plat motosikal yang digunakan suspek dalam kes berkenaan adalah palsu.

Pada 5 Mei lepas Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related