Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1732423407:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 237223
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:169:"Objektif operasi Grab di Terengganu adalah untuk membangunkan platform yang mendayakan ekonomi tempatan melalui penyelesaian teknologi yang menyokong komuniti Rakan Grab";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 137
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750599200";s:5:"count";i:4;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:4;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750599200
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

)
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu | Scoop

Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu

Objektif operasi Grab di Terengganu adalah untuk membangunkan platform yang mendayakan ekonomi tempatan melalui penyelesaian teknologi yang menyokong komuniti Rakan Grab

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia telah berjaya menjana 10,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di Terengganu, menerusi Rakan Grab, sejak ia mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.

Menurut Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor, objektif operasi Grab di Terengganu adalah untuk membangunkan platform yang mendayakan ekonomi tempatan melalui penyelesaian teknologi yang menyokong komuniti Rakan Grab, lapor Bernama.

Menurut beliau pada tahun lepas sahaja, komuniti Rakan Grab di negeri ini berjaya menjana pendapatan melebihi RM10 juta melalui pelbagai platform yang disediakan, manakala pendaftaran perniagaan bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Terengganu mencatatkan peningkatan sebanyak 20% dari tahun ke tahun sejak pelancaran operasi Grab.

“Penubuhan Grab Malaysia memberikan manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, usia, dan jantina. Di Terengganu sahaja, terdapat lebih 100 Rakan Wanita Grab dan 60 orang kurang upaya (OKU).

“Amat mengagumkan, apabila lebih separuh daripada PKS tempatan berjaya mengekalkan taraf lima bintang di platform Grab berdasarkan penilaian jutaan penggemar makanan. Ini membuktikan kualiti tinggi serta kepercayaan yang berjaya dibina melalui sistem digital Grab,” katanya.

Lonjakan sektor pelancongan

Rashid berkata selain menyediakan peluang pekerjaan, operasi Grab juga membantu kerajaan Terengganu melonjakkan sektor pelancongan melalui pelbagai platform digital. Usaha ini memberi pendedahan kepada pelancong tentang daya tarikan produk pelancongan tempatan serta pengalaman budaya negeri Darul Iman.

“Daripada pengangkutan, penghantaran makanan hingga penyelesaian bagi cabaran rakan niaga, perkhidmatan Grab selaras dengan visi Terengganu untuk mencapai pelancongan yang mampan.

“Kami berharap dapat memudahkan perjalanan, meningkatkan pengalaman pengunjung, dan mencatat peningkatan bilangan pelancong dalam sektor pelancongan berasaskan komuniti, yang menjadi teras strategi utama negeri,” ujarnya semasa program Sembang TechTarik di sini.

Memperkasakan kehidupan

Dalam pada itu, seorang Rakan Wanita Grab, Zaimah Mohamed, 52, yang juga seorang ibu tunggal, berkata beliau mula menjadi pemandu e-hailing pada 2017 untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi menyara lima anaknya.

Zaimah berkata sebagai pekerja berpendapatan rendah di sebuah syarikat swasta, gajinya tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup serta pendidikan anak-anak.

“Gaji saya hanya cukup untuk melunaskan hutang dan komitmen lain. Alhamdulillah, hasil memandu Grab membantu saya menyediakan makanan, minuman, serta menampung belanja sekolah anak-anak.

“Dengan pendapatan daripada Grab, saya juga dapat menabung untuk pendidikan anak-anak, di mana dua daripada mereka kini belajar di universiti. Grab telah membuka jalan untuk kehidupan yang lebih baik bagi kami sekeluarga,” katanya.

Beliau kini masih aktif memandu Grab setiap hari bermula 5 petang hingga 9 malam.

Bantu peniaga tempatan tambah pendapatan

Sementara itu, seorang peniaga roti jala, Hani Syuhadah Borhanuddin, 33, dari gerai Roti Jala King Size di Kampung Losong Haji Su, berkongsi bahawa jualannya meningkat hingga RM15,000 sebulan sejak menyertai GrabFood pada 2019.

“Pelbagai promosi oleh Grab Malaysia membantu perniagaan saya berkembang. Saya juga berjaya mengekalkan penarafan 4.8 bintang.

“Selain itu, GrabFin membantu saya menguruskan kewangan semasa waktu mencabar. Sistem digitalisasi Grab telah membuktikan keberkesanannya dalam membina perniagaan yang mampan,” katanya. – 24 November, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Toxic gas: one Penang factory worker dead, doctors who did CPR also ill

Work safety authority is investigating the use of methyl bromide in fumigation exercise

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related