Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1732580709:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 237424
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:162:"Dari segi logik politik, PAS cemerlang dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara, justeru parti itu lebih sesuai  memimpin PN, kata penganalisis";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => calon
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 187
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752016723";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752439118";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752439118
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"08e5ef56-240f-4467-817f-dd7a089396e1","external_id":"a4852bf6-c7dc-a326-839d-9b8a8896a834","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
Dilema siapa calon PM untuk Perikatan Nasional, adakah PAS akan beralah? | Scoop

Dilema siapa calon PM untuk Perikatan Nasional, adakah PAS akan beralah?

Dari segi logik politik, PAS cemerlang dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara, justeru parti itu lebih sesuai memimpin PN, kata penganalisis

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan menamakan calon tunggal Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) tanpa persetujuan semua parti gabungan terutama PAS, yang lebih cemerlang dalam hala tuju politik bakal mencetuskan ketegangan dalaman PN.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin sebelum ini yang menegaskan parti itu lebih layak memimpin adalah satu fakta berasas berdasarkan kepada rekod baik PAS.

“Dari segi logik politik ada benarnya pendapat Hashim kerana berdasarkan rekod, PAS cemerlang dan jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara dan mereka lebih sesuai untuk memimpin PN.

“Sekiranya keputusan menamakan calon tunggal Perdana Menteri PN tidak mengambil kira pendapat parti komponen lain, ia boleh menjejaskan prestasi keseluruhan gabungan.

“Ini juga berisiko untuk menyebabkan perpecahan dalaman PAS itu sendiri, kerana ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin sebelum ini yang menegaskan parti itu lebih layak memimpin adalah fakta berasas berdasarkan kepada rekod baik PAS. – Gambar dari media sosial, 26 November, 2024

Baru-baru ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesyorkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri mewakili PN pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Hashim yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perlis menolak cadangan berkenaan dan menegaskan lebih ramai dalam parti berkenaan yang layak memimpin PN.

Jelasnya, PAS layak memimpin kerana wakilnya paling ramai dalam Dewan Rakyat dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara.

Awang dalam pada itu berkata, PAS sebelum ini pernah menyatakan mahu pemimpin yang dicalonkan itu bebas dari kluster mahkamah.

Sementara itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan pula berpandangan PAS memang sudah ada calon Perdana Menteri sendiri kerana merasakan parti itu lebih kuat daripada komponen lain dalam PN.

Malah, katanya, PAS sudah sedar parti itu tidak sepatutnya berada di kedudukan kedua dalam PN.

“Dari dulu lagi PAS mengesyorkan Dr Sam (Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar) sebagai calon Perdana Menteri.

“Isu ini timbul kerana PAS sudah mula sedar mereka tidak sepatutnya berada di kedudukan kedua sedangkan mereka yang menguatkan PN,” katanya.

Jelas beliau, ia akan kelihatan pelik jika ada dua calon Perdana Menteri, sekali gus akan menampakkan ketidaksepakatan PN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini perlu diselesaikan mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang,” katanya. – 26 November, 2024

Topics

 

Hangat

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

National women’s hockey squad book ticket to World Cup 5’s

The national women’s five-a-side hockey squad qualified for the inaugural World Cup Hockey 5’s 2024 after winning bronze at the Asia Cup 5’s in Salalah, Oman, last night.

Football legends slam Sports Ministry over poor state of Bukit Jalil Stadium pitch

Former national football players have voiced their frustration with the Youth and Sports Ministry over the poor condition of the newly upgraded zeon zoysia pitch at the Bukit Jalil National Stadium. 

Related