Pembahagian kerusi PH-BN perlu ikut kekuatan dan pengaruh masing-masing: AMK

Perebutan dalaman hanya akan memberi kesan negatif kepada kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan

7:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus dilakukan mengikut strategi, berdasarkan kekuatan dan pengaruh masing-masing di kawasan tersebut.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arshad Hassni dalam kenyataannya berkata, Umno dan BN memiliki peranan penting untuk terus memperkukuhkan sokongan di kawasan majoriti Melayu, seperti yang terbukti menerusi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota.

“Sementara PH komited memastikan kemenangan di Wilayah Persekutuan dan kawasan lain di mana sokongan pengundi kepada PH masih kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memberi cadangan mengenai rundingan pembahagian kerusi tetapi kepercayaan mesti diberikan kepada kepimpinan atasan untuk membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kerusi.

Bagaimanapun, Zahid berkata tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini, dan ia dijangka hanya akan dibincangkan selepas Parlimen dan DUN dibubarkan.

Arshad yang juga Ketua AMK Segambut berkata, pengukuhan gabungan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN harus kekal utuh demi kepentingan rakyat serta menjadi asas kepada kejayaan yang sedang dibina bersama.

Jelasnya, adalah menjadi keutamaan bagi PH-BN untuk sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat dan perbincangan mengenai jumlah kerusi perlu dilakukan dengan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang konflik dalaman.

“Dalam perbincangan soal kerusi, keutamaan adalah memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada pentadbiran yang stabil dan cekap.

“Perebutan dalaman hanya akan memberi kesan negatif kepada kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Gabungan ini juga perlu terus memperkukuhkan sokongan akar umbi terutamanya dalam kalangan pengundi muda yang merupakan elemen penting dalam menentukan keputusan PRU16,” katanya. – 25 November, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related