Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1732869572:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 237977
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:150:"Sejak dari awal pembinaan projek, MRL telah mengenal pasti kawasan terlibat dengan banjir di sepanjang jajaran sekali gus langkah awalan telah diambil";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 126
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749582514";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749770373";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749770373
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tidak semua kawasan dilanda banjir berpunca daripada projek ECRL: MRL | Scoop

Tidak semua kawasan dilanda banjir berpunca daripada projek ECRL: MRL

Sejak dari awal pembinaan projek, MRL telah mengenal pasti kawasan terlibat dengan banjir di sepanjang jajaran sekali gus langkah awalan telah diambil

4:38 PM MYT

 

KOTA BHARU – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menegaskan tidak semua kawasan dilanda banjir di sepanjang jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah berpunca daripada projek mega berkenaan.

MRL dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya komited dalam memastikan pembinaan ECRL tidak mengganggu aliran air sedia ada dan melaksanakan kerja-kerja mitigasi dalam kadar segera bagi mengurangkan risiko banjir.

“MRL mengambil maklum keadaan banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu yang berpunca daripada hujan lebat. Sebagai pemilik projek ECRL, MRL akan sentiasa mengambil tanggungjawab atas sebarang kerosakan jika ia ternyata berlaku disebabkan projek ECRL. 

“Sejak dari awal pembinaan projek, MRL telah mengenal pasti tempat-tempat yang terlibat dengan banjir di sepanjang jajaran sekali gus langkah awalan telah diambil,” menurut kenyataan itu.

Menurut MRL, reka bentuk bagi projek ECRL juga telah mengambil kira sejarah kejadian bencana alam seperti banjir melalui kajian yang dilakukan oleh perunding hidrologi dan hidraulik.

Berdasarkan informasi sejarah kejadian banjir dan data daripada agensi teknikal, MRL mendapati beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko banjir.

“Oleh itu, MRL telah mencadangkan reka bentuk optimum dengan mengambil kira aspek teknikal, nilai kejuruteraan dan risiko banjir di kawasan tertentu sepanjang jajaran.

“Pada masa sama, reka bentuk jajaran juga telah mengambil kira kadar hujan 100 tahun, Climate Change Factor (CCF) serta pembangunan tanah sebanyak 20 peratus yang ditetapkan JPS,” menurut  kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, lintasan laluan air seperti pembentung direka bentuk bagi memastikan laluan air banjir tidak akan menyebabkan banjir teruk di bahagian hulu dan hilir laluan air itu di samping kesemua reka bentuk telah dirujuk kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran untuk kelulusan.

MRL turut memaklumkan, penyelenggaraan sistem saliran akan dilakukan secara berkala bagi memastikan ia tidak terhalang oleh bahan sedimen, sisa pembinaan, atau tumbuh-tumbuhan yang boleh menyebabkan saluran tersumbat. 

Selain itu, penanaman rumput yang sesuai akan dilaksanakan di kawasan cerun sepanjang jajaran projek bagi membantu mengawal hakisan tanah serta meningkatkan penyerapan air, sekali gus mengurangkan risiko banjir, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, MRL memaklumkan pihaknya akan meneruskan pendekatan proaktif termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan dan sumbangan bekalan makanan kepada mangsa banjir di pusat bantuan banjir dan masjid. – 29 November, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related