Luruan monsun 8-14 Disember, potensi hujan berterusan di Pantai Timur: MetMalaysia

Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut

4:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan luruan monsun akan berlaku bagi tempoh bermula 8 hingga 14 Disember ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh terbabit.

“Malah berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga awal pagi, 4 Disember 2024.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut,” katanya hari ini.

Menurutnya, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web
www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Terdahulu dalam kenyataan lain, MetMalaysia menjangkakan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda lima negeri sehingga jam 3 petang hari ini.

Ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Johor.

Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Pekan dan Rompin manakala di Selangor, ribut petir dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang.

Negeri Sembilan turut terjejas di kawasan Seremban, Port Dickson, dan Rembau.
Di Johor, kawasan yang diramalkan mengalami ribut petir adalah Segamat dan Mersing.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan aktiviti luar sehingga keadaan cuaca kembali stabil. – 2 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related