Kerajaan gagal beri perhatian kepada komuniti India, terutama pendidikan, kata Wan Saiful

Ia termasuk infrastruktur, prasarana dan selenggara sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil yang daif di seluruh negara, khususnya di Tasek Gelugor

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan sikap kerajaan terhadap komuniti India di negara ini kerana ketika ini sudah timbul pandangan bahawa kaum India diketepikan dan tidak diberikan perhatian terutama dalam bidang pendidikan.

Malah kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, dalam pertemuan beliau dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat India baru-baru ini, mereka menggesa Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) membawakan suara tersebut di Dewan Rakyat, selepas tidak mendapat perhatian daripada kerajaan.

“Saya minta menteri memberi perhatian serius kepada keperluan pendidikan warga India, umumnya di seluruh negara dan secara khususnya di Tasek Gelugor.

“Hari ini, saya membangkitkan mengenai keperluan kerajaan memberi perhatian terhadap infrastruktur, prasarana dan selenggara bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil yang daif di seluruh negara, khususnya di Tasek Gelugor,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Saiful memberitahu, rata-rata pandangan NGO tersebut ialah kerajaan gagal memberikan perhatian yang sewajarnya.

“Mereka mengharapkan pembelaan dari kami di Perikatan Nasional kerana mereka sudah hilang harapan dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Yang nyata, keprihatinan kita adalah secara inklusif tanpa mengira latar belakang,’’ katanya.

Beliau turut mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat penuh berkaitan pelajar-pelajar India yang tercicir di seluruh negara selain punca dan penyelesaian yang diambil oleh kerajaan.

Dasar-dasar negara, katanya, adalah inklusif dan menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil juga adalah sebahagian dari sistem pendidikan nasional negara kita. Tetapi jika dilihat dari segi prasarana dan keselesaan, terlalu banyak yang perlu diperbaiki,’’ katanya. – 3 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related