‘Kita hadapi isu ini selama berdekad, kita tidak tangguh peperiksaan,’ kata Anwar

Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneruskan peperiksaan itu bagaimanapun berdepan dengan sesetengah pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara telah berdepan dengan isu peperiksaan ketika musim banjir sejak berdekad lalu dan ia tidak pernah ditangguhkan.

Menurut Perdana Menteri, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneruskan peperiksaan itu bagaimanapun berdepan dengan sesetengah pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

“Kita telah menghadapi isu ini selama berdekad dan kita tidak menangguhkan peperiksaan.

“Pembangkang mainkan isu yang besar bahawa mereka (calon Sijil Pelajaran Malaysia) ini tiada pen dan buku.

“Saya perlu ingatkan bahawa ini adalah ujian lisan, tak perlu pen dan buku. Lisan maksudnya lisan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, Presint 10.

KPM sebelum ini memutuskan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak perlu ditangguh atau ditunda kerana kementerian itu mempunyai mekanisme lengkap menangani isu pelajar terkesan banjir pada musim monsun timur laut.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata, melalui prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung, KPM yakin isu pelajar menduduki peperiksaan ketika banjir dapat diuruskan dengan baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek pula berkata, KPM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah berusaha memastikan tiada calon yang tercicir untuk menduduki ujian lisan SPM..

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penghargaan bagaimanapun perlu diberikan kepada jentera seperti polis, tentera dan bomba, APMM yang memberi jaminan sekurang-kurangnya 99.9% calon SPM boleh menghadiri peperiksaan itu dan mereka diletakkan di hostel sementara.

Beliau juga memberitahu berdasarkan rekod lalu, mereka yang berada di hostel sementara ini mendapat keputusan yang baik berbanding calon di rumah.

“Di rumah tiada jaminan mereka akan belajar setiap malam, setiap hari. Tetapi di hostel guru datang, ada tugasan dan ada rakan-rakan yang komited serta serius belajar.

“Tapi saya tidaklah cakap banjir patut berlaku setiap tahun ,’’ katanya. – 4 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related