Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1733318214:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 112
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 238714
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:121:"Mungkin mereka tidak diberikan penerangan dengan jelas dan tidak semua peniaga celik teknologi, jadi mereka perlu dibantu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749508015";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749795352";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749795352
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"c9bf96b0-6f18-4abf-b012-5ebebf55523d","external_id":"4ae78477-90c1-6b7a-9cae-7b19b4b35914","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Peniaga merungut, sukar daftar tapak bazar Ramadan, Aidilfitri dalam talian bawah DBKL | Scoop

Peniaga merungut, sukar daftar tapak bazar Ramadan, Aidilfitri dalam talian bawah DBKL

Mungkin mereka tidak diberikan penerangan dengan jelas dan tidak semua peniaga celik teknologi, jadi mereka perlu dibantu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ramai peniaga merungut kerana sukar untuk membuat pendaftaran dalam talian bagi tapak sewaan sempena Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun hadapan, selepas pengurusan 65 bazar di ibu kota diambil alih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bercakap kepada Scoop, presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, rungutan itu diterima daripada peniaga yang sudah lama menjalankan perniagaan di ibu negara dan mengadu mereka tidak dapat membuat pendaftaran dalam talian.

“Seperti yang semua sedia maklum, ini merupakan kali pertama DBKL ambil alih pengurusan tapak bazar sejak sekian lama ia diuruskan persatuan.

“Baru-baru ini, banyak panggilan telefon yang saya dapat daripada peniaga yang sudah lama berniaga terutama di kawasan Desa Pandan, Taman Tun Dr Ismail dan Wangsa Maju yang mengadu mereka sukar untuk membuat pendaftaran.

“Mungkin DBKL tidak memberi penerangan dengan lebih jelas dan kadang kala tidak semua peniaga ini celik teknologi, jadi kita kena bantu mereka dengan sebaiknya,” katanya ketika dihubungi.

Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata (kiri) berkata gabungan persatuan itu tidak menolak jika diminta oleh DBKL untuk membantu. – Gambar fail Scoop, 4 Disember, 2024

Pada Oktober lalu, lima persatuan peniaga yang sebelum ini menguruskan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak tahun 2013 telah menyerahkan urusan pengoperasian di 65 lokasi bazar kepada pihak DBKL.

Persatuan itu membabitkan Persatuan Penjaja dan Peniaga Bumiputra Wilayah, Persatuan pekedai dan Peruncit Wilayah, Persatuan Penjaja Kecil Melayu Wilayah, Persatuan Pasar Malam kuala Lumpur dan Persatuan Prihatin Kuala Lumpur.

Ia selaras dengan arahan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang mahu semua bazar tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan, sebaliknya diuruskan oleh DBKL.

Rosli memberitahu pendaftaran untuk tapak bazar itu dibuka pada 1 Disember lalu dan beliau hanya mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif pada 29 November lalu.

Justeru, katanya, beliau tidak sempat mengajukan pertanyaan mengenai isu kesukaran membuat pendaftaran berkenaan.

“Jadi, saya sarankan mungkin pihak penguatkuasaan DBKL boleh gunakan alternatif dengan pergi ke tapak-tapak bazar ini dan memberi terus lesen kepada peniaga-peniaga yang kebanyakannya memang sudah lama meniaga di satu-satu lokasi tersebut.

“Bagi saya cara ini lebih mudah dan ia melibatkan urusan secara langsung dengan pihak DBKL tanpa melibatkan sebarang campur tangan daripada pihak persatuan,” katanya.

Dalam pada itu, Rosli memberitahu pihak persatuan tidak akan menolak jika diminta membantu bagi memastikan kelancaran perjalanan urusan tapak bazar, namun tidak akan terlibat dalam sebarang urusan melibatkan wang.

“Saya faham, mungkin anggota penguatkuasaan DBKL tidak cukup untuk memantau semua 65 bazar yang ada di ibu kota.

“Disebabkan itu, pihak persatuan bersedia membantu sekiranya diperlukan untuk menyelaras seperti bantuan sekuriti, RELA dan sebagainya bagi memastikan kelancaran di sesebuah tapak bazar itu.

“Cumanya, DBKL perlu mengeluarkan sedikit bayaran untuk tujuan-tujuan tersebut. Pihak persatuan tidak lagi terlibat dengan peniaga. Sekarang peniaga perlu berurusan secara terus dengan DBKL jika melibatkan bayaran tapak bazar, tidak seperti dulu menerusi persatuan,” katanya. – 5 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related