Pinda Akta 586 dahulu sebelum laksana mekanisme kawalan kos perubatan: Dzulkefly

Ia bagi mengimbangi kenaikan kadar premium insurans dan caj perubatan di fasiliti kesihatan swasta

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) perlu dipinda terlebih dahulu sebelum melaksana sebarang mekanisme kawalan terhadap kos perubatan seperti kumpulan berkaitan diagnosis (DRG).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi mengimbangi kenaikan kadar premium insurans dan caj perubatan di fasiliti kesihatan swasta.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pindaan terhadap akta berkenaan dapat dilakukan pada suku kedua tahun depan.

“Kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa dalam melaksanakan mekanisme kawalan kos perubatan meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan ia perlu dipercepatkan.

“Kena pinda (Akta 586) terlebih dahulu baru boleh laksanakan antaranya DRG. Mungkin ia kena ambil masa untuk pastikan ia dilakukan dengan baik dan lancar.

“Ini penting untuk lakukan terbaik demi mencapai nilai penjagaan kesihatan ditetapkan, adil untuk syarikat insurans, pengendali hospital swasta dan semua orang,” katanya kepada media di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, pindaan juga akan melibatkan semua pemain industri termasuk Pejabat Peguam Negara (AGC).

Tambah beliau, pindaan kepada akta itu lebih dijangka memberi ruang bagi pihaknya untuk menetap ‘ukuran’ terhadap caj perubatan dan memberi keadilan kepada semua pihak.

“Saya tak boleh kata ada kuasa (kepada KKM untuk pantau hospital swasta) tetapi kita akan wujudkan pindaan yang akan mengizinkan, cara untuk (mengawal) sesuatu prosedur atau pun dikenakan bayaran yang munasabah dalam beberapa julat.

“Itu tidak akan mengizinkan sesiapa pun untuk mengenakan caj (sewenang-wenangnya) lebih kurang begitulah. Bukan kerana mereka caj sewenang-wenangnya tapi akan ada ukuran atau matriks.

“Jadi ini tidak akan mengizinkan moral hazard (kegusaran) tapi lebih kepada ketelusan dalam (pelaksanaan) DRG itu sendiri, (penetapan) harga ubat-ubatan. Kita harap akan berlaku perubahan berkesan dan baik,” katanya. – 11 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related