Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1733919123:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_0b6f3880e2c3b26babfe301c5fdf9307] => Array
        (
            [0] => 
Hospital Bersalin Razif jawab dakwaan tahan jasad bayi selama dua minggu
) [_oembed_time_0b6f3880e2c3b26babfe301c5fdf9307] => Array ( [0] => 1733916899 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 239577 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-115276 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-115276 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:166:"Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Wan Cai turut menafikan kenyataan HBR yang mengatakan ibu dan bapa bayi tersebut sebenarnya berstatus tidak berkahwin";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [post_views_count] => Array ( [0] => 180 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752014179";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752201836";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751688006";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:4;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1752201836 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 4 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Individu urus jenazah bayi 'beku' tampil bidas kenyataan hospital | Scoop

Individu urus jenazah bayi ‘beku’ tampil bidas kenyataan hospital

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Wan Cai turut menafikan kenyataan HBR yang mengatakan ibu dan bapa bayi tersebut sebenarnya berstatus tidak berkahwin

7:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dikenali sebagai Wan Cai tampil membidas kenyataan Hospital Bersalin Razif (HBR) yang mendakwa bapa kepada jasad bayi lelaki yang disimpan pihak hospital selama dua minggu, Muhammad Adham Mikail seperti tidak mengendahkan urusan pengebumian anaknya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Wan Cai turut menafikan kenyataan HBR yang mengatakan ibu dan bapa bayi tersebut sebenarnya berstatus tidak berkahwin.

“Jahat kau doktor, sudahlah kejam penipu pula.

“Kau keluarkan kenyataan (mengatakan) mak bapa baby Adham tak kahwin tanpa lihat sijil nikah mereka itu satu hal.

“Lepas tu kau kata bapa dia pula yang tak nak uruskan jenazah anaknya? Seorang kawan tempat kerja (rakan sekerja bapa Adham) datang ke hospital kau buat bayaran RM663 pada tarikh 7 Disember.

“Lepas buat bayaran, kawan tu cuba tuntut jenazah tapi staf kau perempuan India yang ada di kaunter tak benarkan,” katanya.

Menurut Wan Cai, staf tersebut berkeras mengatakan baki bil hospital berjumlah RM1,817 perlu dibayar terlebih dahulu sebelum jenazah Adham boleh dilepaskan untuk urusan pengebumian.

Malah, Wan Cai juga berkata ibu bapa bayi tersebut adalah pasangan suami isteri yang sah selepas melihat sendiri sijil kahwin pasangan berkenaan.

“Minah tu tekan suruh bayar baki RM1,817 baru jenazah baby Adham boleh dilepaskan. La ni (sekarang) kau pusing kata bapa dia yang tak nak uruskan jenazah anaknya.

“Sepatutnya kau mengaku kesalahan yang kau dah buat untuk betulkan keadaan.

“Dan aku ada bukti dokumen sijil nikah yang kau sibuk duk kata ibu bapanya tidak berkahwin,” katanya.

Terdahulu, HBR mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan pihaknya menahan jenazah seorang bayi yang meninggal dunia pada 24 November lalu selama dua minggu, sebaliknya menjelaskan memberi kebenaran bayi berkenaan dikebumikan sebelum bayaran bil hospital dibuat.

HBR menjelaskan bahawa pesakit atau ibu kepada bayi berkenaan datang ke hospital dalam keadaan hendak bersalin dan mengakui tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang kehamilannya tetapi pemeriksaan dibuat menggunakan perisian aplikasi telefon.

Menurut HBR lagi, mereka turut mengeluarkan permit pengebumian bagi membolehkan jenazah bayi berkenaan disemadikan secepat mungkin. – 11 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next bulan

Related