RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat

Jadual Kedua RUU itu mencadangkan mesyuarat agung pertama Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelantikan anggota lembaga pengasas

7:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024, bertujuan menubuhkan badan kawal selia kendiri demi menjaga kepentingan media dan pengamal media, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

Fasal 15 RUU ini bertujuan menyediakan peruntukan berkaitan mekanisme kawal selia yang melibatkan aduan ketidakpuasan hati, yang hendaklah dirangka dan diterima pakai oleh Majlis dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditentukan dalam mesyuarat agung.

Fasal 16 pula memperuntukkan kuasa tatatertib Majlis terhadap ahlinya, termasuk mewujudkan kesalahan tatatertib, menetapkan hukuman yang bersesuaian, serta menentukan tatacara prosiding tatatertib sebagaimana yang ditetapkan dalam mesyuarat agung.

Selain itu, Fasal 8 RUU berkenaan mencadangkan peruntukan bagi penubuhan dan keanggotaan Lembaga Majlis, dengan pelantikan dua anggota yang dinamakan oleh Menteri untuk mewakili kerajaan, selain anggota yang dilantik itu hendaklah dalam kalangan individu yang terlibat dalam industri media.

Dalam pada itu, Fasal 9 memperuntukkan Pengerusi Majlis hendaklah bukan seorang anggota mana-mana badan perundangan atau mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik atau berdaftar dengan mana-mana parti politik atau mana-mana anggota perkhidmatan awam.

Fasal itu juga memperuntukkan seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Ahli Lembaga dalam kalangan mereka untuk melaksanakan fungsi Pengerusi, jika Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya atas apa-apa sebab atau dalam apa-apa tempoh kekosongan jawatan itu.

Berkaitan peruntukan kewangan, Fasal 17 RUU itu mencadangkan Majlis hanya boleh menerima dana asing tanpa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan luar negara, hanya bagi maksud untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan berhubung dengan industri media dan ia tertakluk kepada kelulusan Menteri.

Jadual Kedua RUU itu mencadangkan mesyuarat agung pertama Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelantikan anggota lembaga pengasas.

Bagi mesyuarat agung luar biasa, ia boleh diadakan pada bila-bila masa oleh Majlis dan hendaklah diadakan atas permintaan tidak kurang daripada satu per lima daripada jumlah keahlian. – 12 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related