Kenaikan premium insurans sepatutnya kurang 10%, kata MP PKR pada Bank Negara

Insurans tidak sepatutnya menjadi perkhidmatan eksklusif kepada golongan mahakaya sahaja, kata Ahli Parlimen PKR

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebarang kenaikan premium insurans perubatan sepatutnya kurang daripada 10% sahaja kerana bukan semua pencarum akan membuat tuntutan insurans, kata beberapa Ahli Parlimen dari PKR.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, yang mengetuai kumpulan berkenaan, aduan kenaikan berhubung kenaikan premium insurans ini adalah setinggi 78%, berbeza dengan 15% inflasi kesihatan di Malaysia.

Justeru, Ahli-Ahli Parlimen tersebut termasuk Jimmy Pua dari Parlimen Tebrau, Yuneswaran (Segamat), Che Choon Mun (Miri) dan senator Amir Ghazali menolak kenaikan premium tersebut.

“Kami mencadangkan kenaikan yang munasabah bagi memastikan insurans mampu dibeli oleh golongan M40.

“Insurans tidak sepatutnya menjadi perkhidmatan eksklusif kepada golongan mahakaya sahaja,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut  Tze Tzin, sekiranya golongan M40 tidak mampu membeli insurans perubatan maka mereka akan mengunjungi hospital kerajaan, sekali gus menambahkan beban kepada sistem kesihatan awam.

“Kami menyeru Bank Negara Malaysia menjalankan tugas sebagai regulator dengan tegas untuk memperbetulkan kecelaruan yang berlaku dalam sektor MHIT,’’ katanya.

Ahli Parlimen terbabit turut menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai penyelesaian interim yang akan diumumkan minggu hadapan.

Semalam, Amir Hamzah memaklumkan kepada Dewan Negara bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Beliau berkata, penglibatan semua pihak berlandaskan prinsip pendekatan keseluruhan negara amat penting.

“Ini temasuk tanggungjawab Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan (MOF), BNM serta kerjasama pihak berkepentingan seperti penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital swasta, pakar perubatan, farmaseutikal dan persatuan-persatuan pengguna,’’ katanya.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng semalam mendedahkan Gabenor Bank Negara dalam taklimat kepada Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pada 10 Disember lalu di Parlimen telah menegaskan tiada kelulusan diberikan kepada syarikat insurans hayat untuk kenaikan tersebut. 

Sebaliknya, kata beliau, Bank Negara hanya membuat keputusan mengenai kenaikan 40-70% dalam premium insurans perubatan pada akhir bulan ini. – 13 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related