Kes mayat bayi disimpan 2 minggu: tiada isu anak luar nikah, kata peguam

Ahmad Zahiril berkata beliau mempunyai bukti ibu dan bapa bayi berkenaan merupakan pasangan suami isteri yang sah

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili bapa kepada bayi ‘beku’ meluahkan kekesalan dengan isu anak luar nikah yang ditimbulkan oleh sebuah hospital swasta di Klang, dalam penjelasan pihak berkenaan sebelum ini.

Menurut Ahmad Zahiril, ini kerana ibu dan bapa bayi itu, Muhammad Adham Mikail merupakan pasangan suami isteri yang sah.

“Saya ada bukti yang mengatakan mereka memang bernikah, jadi tiada isu anak luar nikah atau anak haram.

“Saya berterima kasih kepada hospital berkenaan kerana membenarkan dia beranak di situ tapi selepas itu kenapa mereka dibuat seperti itu.

“Mengapa tidak buat post mortem (bedah siasat ke atas mayat bayi), apa sebabnya?” katanya dalam sesi siaran langsung TikTok, semalam.

Menurut peguam itu lagi, pihaknya sudah membuat semakan terhadap sijil perkahwinan anak guamnya itu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) yang kemudian mengesahkan kesahihan sijil berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahiril berkata, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil ke atas pihak hospital atas kesalahan menahan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapanya tidak mampu menjelaskan bil rawatan hospital.

Bagaimanapun, Ahmad Zahiril berkata, pihaknya perlu mendapatkan laporan siasatan lanjut oleh polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.

Sementara itu, bapa kepada bayi berkenaan, Safwan Roshdy telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, Selangor pada pagi Jumaat, ditemani Ahmad Zahiril.

Laporan itu dibuat terhadap hospital swasta berkenaan kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah.

Kisah pilu itu didedahkan oleh unit pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai Official mengenai mayat bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, tetapi didakwa ‘ditahan’ di dalam peti sejuk beku sehingga dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Kejadian ini berlaku selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar kos kelahiran bayi tersebut dan tidak dibenarkan menuntut bayi itu untuk dikebumikan.

Bagaimanapun hospital berkenaan, Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan pihaknya ‘sengaja’ menahan jenazah bayi lelaki itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan hospital berkata selepas bayi tersebut disahkan meninggal dunia, permit untuk mengebumikan jenazah sudah ditandatangani dan mereka telah memaklumkan kepada bapa bayi tersebut untuk menguruskan upacara pengebumian pada keesokan hari iaitu 25 November.

Namun, pihak hospital mengatakan mereka mengalami kesukaran untuk berbincang dengan bapa bayi tersebut berhubung hal pengebumian anaknya dari sehari ke sehari. – 13 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related