Elaun PLKN kekal RM8 sehari: Khaled Nordin

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memandangkan program juga belum bermula maka kadar itu dikekalkan

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menaikkan kadar elaun RM8 sehari bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, memandangkan program juga belum bermula maka kadar itu dikekalkan.

“Setakat ini (RM8) kita kekal, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu,” katanya dipetik dari Bernama.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek di bawah Program Kampung Angkat Madani – MINDEF di Balai Raya Kampung Baru Pasak di sini hari ini.

Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi juga memaklumkan insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.

PLKN akan dilaksanakan dalam masa 45 hari di dalam kem tentera.

“Berasaskan kepada soal itu kita percaya soal itu (buli dan provokasi) akan dapat ditangani,” kataya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan. – 15 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related