Umno perlu kaji semula hubungan jika ada ‘kawan’ nak ambil ahli parti lain, tegas Akmal Saleh

Ia berikutan isu kemasukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno perlu mengkaji semula hubungan dengan Kerajaan Perpaduan jika ada parti-parti di dalam gabungan itu yang cuba mengambil ahli daripada parti lain.

Ini kerana, kata Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, Umno adalah sebuah parti bermaruah dan tidak boleh ditendang ke sana sini.

Jelasnya, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, ada juga parti kerajaan yang sibuk mencuri ahli Umno.

“Kali ini jika berlaku maka kita perlu tegas.

‘Jika ada ‘kawan’ yang dalam kerajaan sendiri tidak mampu nak hormat Umno dan BN dengan nak ambil ahli parti kawan sendiri maka seharusnya kita perlu kaji semula hubungan ini,’’ katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Isu mengenai kemasukan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam PKR ketika ini hangat diperkatakan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu bagaimanapun memaklumkan beliau akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan adanya perbincangan awal dalam parti berkenaan berhubung kemungkinan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam Kabinet.

Menurut Anwar, PKR bersikap terbuka terhadap penyertaan mana-mana individu termasuk Tengku Zafrul ke dalam parti itu asalkan individu berkenaan boleh menyumbang kepada parti.

Bagaimana Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyelar tindakan ahli Umno yang sanggup meninggalkan perjuangan parti demi mencapai kepentingan peribadi.

Menurut Zahid, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan juga tidak sewajarnya mengambil ahli dalam kalangan rakan gabungan yang membentuk kerajaan ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan perlu menghormati BN, sama seperti BN yang menghormati rakan lain dalam gabungan berkenaan. – 15 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related