Farid Kamil enggan ceraikan Diana Danielle, diarah lantik JKP

Pasangan selebriti ini sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, namun telah rujuk hampir sebulan kemudian

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa pelakon Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon Diana Danielle.

Peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 43, berkata berikutan anak guamnya tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, selaku plaintif, perkara itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pendamai (JKP).

“Pada prosiding hari ini, mahkamah perlu mendapatkan persetujuan pihak suami (Farid) sama ada beliau mahu lafaz (cerai) atau tidak.

“Keputusan (hari ini) Farid tidak mahu lafaz dan ingin berusaha mencari pendamaian serta akan melantik JKP pada 21 Jan depan,” kata peguam syarie itu kepada pemberita selepas prosiding secara tertutup di hadapan Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana ketika ditemui pemberita berkata pemohonan cerai hari ini tidak dapat diteruskan kerana defendan (Farid) tidak bersetuju melepaskan Diana dengan cara baik.

“Oleh itu mahkamah melantik JKP untuk melihat dan mendengar kedua-dua pihak dan ia akan membawa cadangan kepada mahkamah tentang apa sebenarnya kedudukan rumah tangga mereka. 

“Plantif (Diana) sudah melantik wakil JKP, manakala defendan akan lantik wakil JKP sebelum 21 Jan depan dan mahkamah akan mendengar laporan yang disediakan pengerusi JKP pada 24 Mac 2025,” kata peguam syarie itu.

Pada 4 Nov lepas, Diana memfailkan permohonan cerai kali kedua terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, atas alasan tiada sefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Pada 10 Mac 2023, pelakon utama filem Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bistari kerana tiada persefahaman dan berlaku shiqaq serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri.

Pasangan itu yang sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9, sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet pada 10 Ogos tahun lepas, namun mereka telah rujuk hampir sebulan kemudian.

Farid ketika ditemui pemberita berkata beliau masih sayangkan Diana serta anak-anak mereka dan berusaha memperbaiki hubungan suami isteri manakala Diana menegaskan dia masih nekad dengan keputusannya untuk bercerai.

“Dia (Farid) berangan sebab tiada apa-apa untuk kita nak selamatkan sebab bila saya dah rujuk dengan dia… setahun bukankah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba memperbaiki keadaan. Berpijak lah pada bumi yang nyata… lepaskan saya, jangan zalimi saya,” kata pelakon wanita itu. – 16 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related