Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1739261022:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 135
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 240288
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:"Pihak pendakwaan dan mahkamah akan menilai dan menentukan sama ada sesuatu kandungan itu adalah jelik melampau";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749559258";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749922259";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749922259
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Huraian 'jelik melampau' dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad: Fahmi | Scoop

Huraian ‘jelik melampau’ dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad: Fahmi

Pihak pendakwaan dan mahkamah akan menilai dan menentukan sama ada sesuatu kandungan itu adalah jelik melampau

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Huraian elemen termasuk ‘jelik melampau’ dalam pindaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak bersifat muktamad, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sebaliknya beliau berkata huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah dalam menilai dan menentukan sama ada sesuatu kandungan itu adalah jelik melampau.

“Skop kejelikan kandungan dipinda untuk hanya meliputi kandungan yang ‘jelik melampau’ dan bukan semata-mata ‘jelik’ bagi membezakan kandungan mengikut legal proportionality dengan mengenakan penalti atau hukuman yang berwajaran dengan kesalahan dilakukan.

“Dalam hal ini, ‘jelik melampau’ meletakkan tahap ambang yang lebih tinggi bagi kesalahan di bawah Seksyen 233 dengan mengambil kira sesuatu ekspresi atau perbuatan yang melampaui pertimbangan aspek moral, norma dan tatasusila budaya masyarakat Malaysia yang harmoni terhadap sesuatu kandungan dalam talian,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam.

RUU itu kemudian diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator. RUU itu antara lain bertujuan menangani kemudaratan dalam talian terutamanya media sosial dengan menambah baik peruntukan sedia ada, termasuk Seksyen 211 dan 233 Akta 588 selain memperkenalkan peruntukan baharu.

Peruntukan baharu itu antaranya mengenai larangan menghantar atau menyebabkan dihantar atau membenarkan penghantaran mesej elektronik komersial yang tidak diminta seperti spam yang kebanyakannya menjurus kepada penipuan.

Berkenaan isu dibangkitkan beberapa pihak berkaitan peningkatan hukuman jenayah sebagai contoh di bawah Seksyen 53 akta sama, Fahmi berkata pindaan dibuat sebagai faktor penghalang supaya memberi isyarat kuat kepada pemegang lesen bahawa kerajaan serius dalam usaha menguatkuasakan peruntukan yang mengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Sebagai perbandingan, kesalahan sama di bawah undang-undang lain seperti Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2023 turut membawa hukuman denda antara RM1 juta hingga tidak lebih RM50 juta dan penjara antara tidak melebihi lima tahun dan 10 tahun, katanya.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Fahmi berkata elemen huraian yang diletakkan dalam pindaan akta itu adalah kali pertama dilakukan dalam tempoh 26 tahun sejak akta tersebut diwujudkan.

Beliau berkata bagi memberi garis panduan kepada pihak pendakwaan, penyiasatan dan pembelaan untuk diangkat sebagai hujah perundangan dalam mahkamah bagi mempertahankan atau mendakwa sesuatu kes.

“Segala perincian dan kod kandungan telah dibangunkan tanpa melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tetapi dibangunkan oleh industri sendiri bermaksud takrif kalau selama ini disebut jelik selepas ini  menjadi jelik melampau dan industri sendiri juga akan terlibat dalam usaha membawa takrifan tersebut,” katanya.

Selain RUU itu, persidangan hari ini turut meluluskan RUU Keselamatan Dalam Talian 2024 bertujuan meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia, selepas dibahas oleh 17 Senator. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata kerajaan tidak sewenang-wenangnya menggubal undang-undang itu sebaliknya telah mengkaji amalan terbaik di beberapa negara lain.

Ia antaranya Digital Services Act 2022 di Kesatuan Eropah, Online Safety Act 2022 (Singapura), Youth Protection Act (Jerman), Online Safety and Media Regulation Act 2022 (Ireland), Online Harms Act (Kanada) dan Kids Online Safety Act (Amerika Syarikat).

Menurut RUU itu, menjadi kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk melaksanakan langkah bagi mengurangkan risiko pengguna yang didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

Pemberi perkhidmatan juga perlu mengeluarkan garis panduan kepada pengguna termasuk syarat-syarat penggunaan sebagai panduan semasa menggunakan perkhidmatan berkenaan. – 17 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

‘Ignorance not an excuse’, Sabah mufti issues warning on smuggled chicken

It is every Muslim’s responsibility to ensure they only consume halal food, as anything else is considered “haram” (forbidden), said Sabah Mufti Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

Only 11 exco members in Kedah, unlike cabinet, says Sanusi amid criticism of holding 8 portfolios

Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor has hit back at those who questioned him about holding eight portfolios in the state executive council.

How Malaysia let Pulau Batu Puteh go

With Putrajaya’s recent announcement of a Royal Commission of Inquiry into how these maritime features were managed, including Malaysia’s withdrawal of its appeal against a world court’s decision granting sovereignty of only Middle Rocks, Scoop takes a look back on how the issue started, and what led to the RCI. 

Related