Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1734439304:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115276
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 435
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 240330
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:171:"NHMS mendapati statistik masalah kesihatan mental telah meningkat sebanyak dua kali ganda,
menjadikan 4.6% (1 juta) dewasa mengalami kemurungan berbanding pada tahun 2019";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750856047";s:5:"count";i:4;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:4;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750554873";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:22;i:4;i:1;i:2;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750856047
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"6259b695-699a-48be-8a99-00d49d81d87f","external_id":"7cf4a81f-ad4d-bee8-16ab-84c0af9f3959","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
1 juta rakyat Malaysia alami kemurungan pada 2023, meningkat dua kali ganda dari 2019: KKM | Scoop

1 juta rakyat Malaysia alami kemurungan pada 2023, meningkat dua kali ganda dari 2019: KKM

NHMS mendapati statistik masalah kesihatan mental telah meningkat sebanyak dua kali ganda, menjadikan 4.6% (1 juta) dewasa mengalami kemurungan berbanding pada tahun 2019

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Sejuta rakyat Malaysia dewasa atau 4.6% mengalami kemurungan pada tahun lepas, iaitu kenaikan sebanyak dua kali ganda berbanding 2019.

Statistik berkenaan diperolehi menerusi Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis di Dewan Negara berkata, masalah kesihatan mental dalam kanak-kanak dan remaja berumur lima hingga 15 tahun juga tidak terkecuali dengan merekodkan peningkatan dua kali ganda.

“NHMS turut menunjukkan peningkatan prevalen masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja daripada 7.9% (424, 000) pada 2019 kepada 16.5% (922, 318) pada tahun 2023. Ini adalah peningkatan sebanyak 2 kali ganda,’’ katanya.

Ia bagi menjawab soalan daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin mengetahui peratusan rakyat Malaysia dewasa yang mengalami isu kesihatan mental dan usaha yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk menanganinya.

Tinjauan yang dijalankan oleh NHMS itu, kata kementerian terbabit menunjukkan bilangan panggilan perkhidmatan Talian Heal 1555 pada 2024 meningkat sebanyak 16.7% berbanding tahun lalu, sekali gus memberi indikasi kesedaran mendapatkan rawatan dan bantuan berhubung masalah kesihatan mental semakin meluas dalam kalangan rakyat di negara ini.

Talian Heal 15555 (Help with Empathy and Love) yang digerakkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, berfungsi daripada aspek bantuan sokongan emosi dan psiko-pendidikan.

“Ini menunjukkan kesedaran untuk mendapatkan sokongan mental dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat sekali gus menunjukkan keberkesanan usaha KKM dalam menangani isu kesihatan mental.

“Selaras dengan konsep Malaysia Madani, tanggungjawab permasalahan mental perlulah dipikul secara bersama terutama dalam isu tingkah laku bunuh diri,” katanya.

KKM juga memberitahu, ia terus komited menangani isu kesihatan mental melalui kerjasama pelbagai agensi, terutama bagi memastikan semua masyarakat Malaysia berada dalam tahap kesihatan mental yang terbaik.

“Ia termasuk bantuan perkhidmatan tele-kaunseling melibatkan intervensi awal krisis kesihatan mental seperti tingkah laku bunuh diri, kemurungan, anxiety, serangan panik dan stres yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling KKM.

“Selain itu, khidmat nasihat daripada keluarga atau penjaga pesakit mental serta sokongan Post Vention turut ditawarkan,” katanya.

Antara inisiatif lain dijayakan KKM adalah dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang bertindak sebagai agensi peneraju dan koordinasi pelaksanaan program dan perkhidmatan kesihatan mental.

Pelbagai program aktiviti latihan dan pencegahan masalah kesihatan mental dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, perkhidmatan kesihatan mental juga boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan, 68 hospital psikiatri termasuk empat institusi kesihatan mental dan 37 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari yang meliputi aspek pengesanan awal, rawatan dan rehabilitasi. – 18 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related