Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1734440363:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 240367
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Keputusan itu tidak harus dijadikan isu kerana untuk mencapai satu suara, perlu adanya kehadiran pemimpin berpengaruh dan berpengalaman, kata Azmi Hassan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 98
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752139491";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752139491
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"c812d2f5-346d-473d-bbd9-109b46862bb4","external_id":"0359cff0-b7e9-2fdd-68f4-9a7e9f0c5ff2","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
Lantik Thaksin penasihat tidak rasmi: jangan jadikan isu, Asean perlukan satu suara, kata penganalisis | Scoop

Lantik Thaksin penasihat tidak rasmi: jangan jadikan isu, Asean perlukan satu suara, kata penganalisis

Keputusan itu tidak harus dijadikan isu kerana untuk mencapai satu suara, perlu adanya kehadiran pemimpin berpengaruh dan berpengalaman, kata Azmi Hassan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Keputusan melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai anggota kumpulan penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 dilihat satu strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mendapat konsensus bagi isu melibatkan Asean.

Bercakap kepada Scoop, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, keputusan itu tidak harus dijadikan isu kerana untuk mencapai satu suara, perlu adanya kehadiran pemimpin berpengaruh dan berpengalaman.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim seboleh-bolehnya dalam isu Asean mahu konsensus, mahu satu suara, tidak kiralah dalam isu Myanmar atau Laut China Selatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu suara.

“Dengan pelantikan ini, malah difahamkan bukan sahaja pemimpin daripada Thailand, Kemboja, Hun Sen (bekas Perdana Menteri) juga akan dilantik begitu juga pemimpin Singapura George Yeo (bekas menteri luar Singapura), dan mungkin juga ada beberapa lagi dari negara lain juga akan dilantik.

“Jadi inilah strategi untuk mendapat konsensus dari negara-negara Asean, kerana yang dilantik itu bekas tokoh politik, berpengalaman, berpengaruh di negara mereka, itu pro nya dan itu strategi Anwar Ibrahim,” katanya hari ini.

Semalam Perdana Menteri berkata, Malaysia memerlukan negarawan seperti Thanksin untuk berkongsi kepakaran serta idea kepada Pengerusi Asean berkenaan isu serantau.

“Saya juga bersetuju untuk melantik beliau (Thaksin) sebagai penasihat peribadi saya, (membantu Malaysia sebagai) Pengerusi Asean, bersama pasukan dari negara Asean dalam kerangka tidak rasmi.

“Terima kasih kerana (Thaksin) bersetuju dengan perkara ini, kerana kami memerlukan manfaat daripada pengalaman seorang negarawan seperti beliau,” katanya.

Namun beberapa pihak mempersoal tindakan Anwar itu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan biarpun itu hak Anwar melantik sesiapa namun melabelkan Thaksin sebagai seorang yang bermasalah kerana banyak terpalit dengan kontroversi dan skandal.

Malah beliau berkata, ramai lagi tokoh-tokoh Asean yang boleh dilantik selaku penasihat tidak rasmi.

Dalam pada itu Azmi berkata, namun dari sudut negatifnya pelantikan itu ialah tokoh politik seperti Thaksin dilihat negara Barat sebagai pemimpin yang divisive yang boleh memecah-belah.

“Impak negatifnya adalah orang-orang politik seperti Thaksin, Hun Sen itu dikatakan pemimpin yang ‘divisive’, pemimpin yang boleh memecah belah dan bahagi dan mempunyai tanggapan negatif oleh negara Barat yang mana Anwar cuba ajak Asean bersuara dalam satu suara menghadapi era perang.

“Jadi ini negatifnya, kalau ada badan seperti ini dipandang negatif negara Barat mungkin akan timbul sedikit kesukaran dalam pentadbiran kepengerusian Asean pada tahun depan oleh Malaysia,” katanya.

Sementara itu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis bersama media berpandangan, pelantikan Thaksin dianggap sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh kerjasama antara rantau Asean dengan kuasa besar global.

Beliau berkata, Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan China.

“Personaliti seperti Thaksin dan beberapa individu lain bukanlah sebahagian daripada kumpulan formal, mereka hanya rakan lama dan kenalan lama Perdana Menteri Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),

“..dan Perdana Menteri boleh berbincang serta mendapatkan pandangan mengenai bagaimana ASEAN harus terus maju ke hadapan,” katanya

Mohamad berkata, pelantikan tokoh-tokoh lain untuk peranan yang sama akan diumumkan kemudian.

“Ini bukan sebagai penasihat kepada pengerusi Asean, tetapi sebagai penasihat kepada Perdana Menteri selaku pengerusi Asean. Ia bukan penasihat yang berasaskan Asean, jadi bukan kumpulan formal atau segmen baru dalam Asean,” katanya. – 17 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Govt fails to satisfactorily convince the people of Zahid’s DNAA – Mohamed Hanipa Maidin

WE all know that the Kuala Lumpur High Court had granted Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi a discharge not amounting to acquittal (DNAA) of 12 charges for criminal breach of trust under Section 409 of the Penal Code; eight charges under Section 16(a)(B) of the MACC Act 2009; and 27 charges under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Related