Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1735029196:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 241129
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"SAFM berkata kecederaan pada badan kucing itu lebih konsisten dengan penggunaan alat tajam berbanding gigitan rawak oleh anjing";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 122
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752486553";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752111360";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752368868";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752486553
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kematian kucing di UM kemungkinan tindakan sengaja manusia: SAFM | Scoop

Kematian kucing di UM kemungkinan tindakan sengaja manusia: SAFM

SAFM berkata kecederaan pada badan kucing itu lebih konsisten dengan penggunaan alat tajam berbanding gigitan rawak oleh anjing

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menyanggah laporan bahawa anjing terbiar menjadi punca kematian kucing-kucing yang ditemukan dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya, baru-baru ini.

SAFM dalam kenyataannya berkata, rakaman CCTV yang tular tidak memberikan bukti kukuh untuk menyalahkan anjing terbiar itu malah pemeriksaan pada bangka kucing menunjukkan kecederaan seperti anggota badan terputus.

Keadaan ini, kata SAFM lebih konsisten dengan penggunaan alat tajam berbanding gigitan rawak oleh anjing.

“Serangan anjing biasanya melibatkan gigitan dan koyakan yang tidak kemas, dengan fokus pada bahagian leher untuk melemahkan mangsa.

“Konsistensi kecederaan pada kesemua kucing menunjukkan ia bukan serangan rawak oleh haiwan tetapi berkemungkinan besar melibatkan tindakan sengaja oleh manusia.

“Pemeriksaan forensik seperti analisis DNA, bulu, atau air liur anjing adalah penting untuk menguatkan atau menolak teori serangan anjing,’’ katanya dalam kenyataan hari ini

Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kematian dua ekor kucing di Universiti Malaya (UM) mendapati binatang itu diserang sekumpulan anjing liar.

Rusdi berkata, hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar.

SAFM turut menjelaskan terdapat empat insiden melibatkan kematian kucing-kucing di UM iaitu pada 25 November dan 12, 16 serta 20 Disember lalu.

Kucing-kucing itu ditemukan mati berhampiran Perpustakaan Pusat UM, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, berhampiran Bangunan Azman Hashim serta tingkat tiga Pusat Mikrobiologi dan Genetik Molekul.

“Pada 17 Disember lalu, SFAM menasihatkan wakil pelajar UM, bahawa laporan polis sahaja tidak mencukupi dan menggesa laporan dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

“Laporan tersebut akhirnya dibuat pada 18 Disember namun, pegawai DVS yang menyiasat kes tidak dapat melakukan bedah siasat kerana bangkai telah mereput,’’ katanya yang turut memberikan nasihat sama kepada wakil pelajar untuk membuat aduan kepada DVS berhubung kematian seekor kucing bernama Lily.

Sehubungan itu, SAFM meminta pihak berkuasa memberikan tumpuan kepada kemungkinan penglibatan manusia berdasarkan bukti yang ada termasuk menjalankan pemeriksaan dan kepakaran forensik untuk mencari bukti penggunaan alat tajam, DNA manusia atau elemen lain yang boleh mengaitkan kejadian individu.

“Tuduhan melulu terhadap anjing tanpa bukti kukuh adalah tidak adil dan menyumbang kepada stigma yang tidak wajar terhadap haiwan terbiar, yang sudah pun menghadapi diskriminasi dalam masyarakat.

“Menjadikan anjing liar sebagai kambing hitam tanpa bukti kukuh adalah tindakan tidak bertanggungjawab,’’ katanya.

SAFM, jelasnya akan terus memantau perkembangan kes ini dan berusaha memastikan keadilan untuk kucing-kucing yang menjadi mangsa dan kekejaman terhadap haiwan adalah jenayah serius yang memerlukan tindakan tegas serta hukuman setimpal. – 24 Disember. 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same tahun GLICs invested RM47 mil

Isa Samad corruption case: judge says prosecution presented conflicting narratives

The Court of Appeal today ruled that the prosecution in Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad’s corruption case involving RM3 million over the agency’s purchase of Merdeka Palace Hotel & Suites in Kuching, Sarawak, has presented two different narratives of its case.

Impact of social engineering on fake news: insights from M’sia – Syed Mohammed Idid

IN the digital age, social engineering has emerged as a pervasive tactic used to manipulate individuals and exploit their trust. This article explores the concept of social engineering and its significant impact on the proliferation of fake news. By examining a recent example in the Malaysian context, we can better understand the dangers associated with this phenomenon.

Related