Polis tunjuk isyarat lucah: Jurugambar gesa lebih ramai mangsa tampil buat laporan polis

Menurut sumber setakat ini sudah lapan individu mendedahkan mereka menjadi mangsa kepada anggota polis yang sama

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jurugambar aktivis yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis, menggesa lebih ramai individu yang pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama tampil membuat laporan polis.

Jurugambar yang dikenali sebagai Intan itu memaklumkan setakat ini sudah lapan individu mendedahkan mereka menjadi mangsa kepada anggota polis yang sama.

Malah, Intan juga mendakwa walaupun sudah membuat laporan polis, namun dia difahamkan anggota polis berkenaan masih belum digantung kerja.

“Setakat 26 Disember, saya dimaklumkan bahawa pelaku masih bekerja di balai polisnya, cuma bukan lagi di kaunter hadapan.

“Dia tidak diletakkan di bawah perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis) sementara siasatan sedang dijalankan.

“Setakat ini, saya mempunyai senarai seramai lapan orang lain yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah mengalami gangguan seksual daripada lelaki ini. Malangnya, saya tak rasa hanya terdapat lapan orang mangsa, saya rasa ada lagi mangsa lain,” katanya dalam kenyataan di Instagram miliknya.

Intan memaklumkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul keterangan daripada orang lain yang turut pernah menjadi mangsa kepada pelaku yang sama.

“Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi dan sudah beri keterangan kepada JIPS Bukit Aman.

“Saya dimaklumkan kertas siasatan sudah dihantar ke IPK dan sedang menunggu arahan lanjut.

“Tolong kongsikan permintaan saya kepada ahli keluarga atau kawan-kawan anda, terutamanya yang perempuan dan berkemungkinan pernah berurusan dengan pelaku.

“Kenyataan anda (mangsa pelaku sama) boleh jadi berguna sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (peruntukan undang-undang gangguan seksual),” katanya.

Pada 13 Disember lalu, Intan berjaya merakam gambar isyarat tangan lucah yang ditunjukkan anggota polis berkenaan ketika sedang menjalankan tugas dalam aksi protes membantah genosid imperialis di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. – 28 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related