Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1735546365:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 143
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 241802
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:165:"Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750549330";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:7;i:1;i:8;i:1;i:23;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750549330
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara 6 tahun, satu sebatan | Scoop

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara 6 tahun, satu sebatan

Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara

4:12 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal keatas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lepas.

Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Pada prosiding sama, mahkamah turut memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku Musim Ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi pada awal bulan ini, yang dikemukakan pihak pembelaan mewakili Azman Syah pada Oktober lepas.  

Menurut dua pertuduhan itu, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja 17 tahun ketika kejadian, bagi maksud seksual di sebuah inap desa di Jalan Kebun, di sini antara 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 5.30 pagi sekitar September 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding rayuan, peguam Fahmi Adilah memohon mahkamah mengenakan hukuman paling minimum atas beberapa faktor termasuk mengambil kira anak guamnya sedang menjalani hukuman penjara di Kajang. 

“Tertuduh adalah bekas pendakwah selebriti dan sebelum ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan lampau. Pengakuan salah oleh tertuduh didorong oleh faktor keinsafan dan kekesalan.

“Dia sedang jalani hukuman penjara sejak 27 Sept lalu dan terlibat dengan program-program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan staf penjara. Justeru, itu menunjukkan tertuduh insaf,” katanya yang dibantu seorang lagi peguam Mohamad Zahid Ahmad.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira pengajaran dan kepentingan awam yang melebihi kepentingan peribadi tertuduh.

“Walau apa jua mitigasi yang dikemukakan, tertuduh sebagai pendakwah selebriti, perlakuan itu tak sewajarnya berlaku terutama terhadap kanak-kanak. Hukuman beri pengajaran kepada tertuduh dan membuka mata masyarakat,” katanya dalam prosiding hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya S. Ruthra Raj.

Pada 17 Dis lepas, Azman Syah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lepas.

Hakim Datin Surita Budin turut memerintahkan Azman Syah menjalani sesi kaunseling selain pengawasan polis masing-masing selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Terdahulu pada 6 Dis lepas Azman Syah telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, dua tahun lepas.

Sebelum itu pada 27 Sept lepas Azman Syah diperintahkan menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan amangseksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sementara itu Mohamad Zahid ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu media bahawa kesemua hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada anak guamnya itu dilaksanakan secara serentak bermula dari tarikh jatuh hukum. – 30 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related