Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1735712867:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:98:"Pengendali WeChat dan TikTok sudah mendapat lesen ASP(C) manakala Google dan X masih belum memohon";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 242016
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 127
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749535578";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648373";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648373
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Meta, Telegram antara 4 platform mohon lesen beroperasi di Malaysia: MCMC | Scoop

Meta, Telegram antara 4 platform mohon lesen beroperasi di Malaysia: MCMC

Pengendali WeChat dan TikTok sudah mendapat lesen ASP(C) manakala Google dan X masih belum memohon

1:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meta dan Telegram sudah memohon lesen untuk beroperasi di Malaysia, satu langkah signifikan yang diambil dalam pematuhan kawal selia ditetapkan kerajaan bermula hari ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam satu kenyataan berkata, Tencent yang memiliki WeChat, adalah yang pertama mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)).

Pematuhan gergasi teknologi China itu memastikan perkhidmatan pesanan internet, media sosial dan pembayarannya selari dengan Rangka Kerja Pelesenan Malaysia.

ByteDance, syarikat induk TikTok, juga telah berjaya memperoleh lesennya.

Sementara itu, Telegram berada di peringkat akhir proses permohonannya dan dijangka mendapat kelulusan tidak lama lagi.

Meta, yang mengendalikan WhatsApp, Facebook, dan Instagram, telah memulakan proses pelesenan dan dijangka menyelesaikannya tidak lama lagi, kata suruhanjaya itu.

Sebaliknya, X (dahulunya Twitter) dan Google, pengendali YouTube, masih belum menyerahkan permohonan mereka.

MCMC menjelaskan bahawa pangkalan pengguna X di Malaysia tidak memenuhi ambang lapan juta pengguna yang diperlukan, namun suruhanjaya itu secara aktif menyemak data syarikat dan akan meneruskan perbincangan bagi menentukan statusnya.

Menyentuh mengenai Google, MCMC berkata, beberapa perkara dibangkitkan syarikat itu antaranya, mengenai ciri-ciri perkongsian video YouTube dan klasifikasinya di bawah Kerangka Pelesenan.

“MCMC telah membincangkan isu yang dibangkitkan dan akan memastikan YouTube, serta semua penyedia platform yang berkaitan memenuhi kriteria pelesenan, terikat dengan tugas dan tanggungjawab mereka di bawah Rangka Kerja Pelesenan, yang kini berkuat kuasa,” kata suruhanjaya itu.

MCMC memberi amaran kepada penyedia platform yang gagal mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh berdepan siasatan dan tindakan kawal selia.

“Suruhanjaya itu akan menilai status penyedia platform yang masih belum memperoleh lesen yang diperlukan dan mempertimbangkan tindakan sewajarnya di bawah Akta itu,” tambahnya.

Inisiatif pelesenan, yang diperkenalkan di bawah Akta 588 dan berkuat kuasa hari ini, bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna, dan meningkatkan pengawasan kawal selia media sosial dan perkhidmatan pesanan internet.

Pada 27 Julai lalu, MCMC mewajibkan semua platform dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia untuk mendapatkan lesen. – 1 Januari 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related