Selesai polemik titah adendum dahulu, Najib disaran fail permohonan baharu: Pakar perlembagaan

Ini kerana prosiding kes difailkan bekas perdana menteri bertujuan membuktikan kewujudan titah itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah perlu memutuskan perihal berkaitan titah adendum dahulu sebelum sebarang keputusan lanjut boleh dibuat pihak Datuk Seri Najib Razak untuk tindakan selanjutnya.

Pakar perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu A Aziz berkata, ini kerana prosiding kes difailkan bekas perdana menteri itu bertujuan membuktikan kewujudan titah itu yang membenarkan menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

Pakar perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz. – Gambar Bernama, 5 Januari, 2025

Beliau berkata, namun kenyataan Istana Negara pula menjelaskan mengenai kedudukan undang-undang berkaitan pengampunan serta tunda atau lega hukum mengikut Perlembagaan, selari kedudukan Yang di-Pertuan Agong seperti disokong Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan Seksyen 300 Kanun Tatacara Jenayah.

“Dalam kes Najib, anaknya, Datuk Mohamad Nizar bukan memfailkan kes di Mahkamah Rayuan bagi permohonan pengampunan diberikan kepada ayahnya, sebaliknya untuk menentukan kewujudan titah adendum.

“Tiada peruntukan perundangan yang melarang mana-mana individu berbuat demikian, kecuali bagi proklamasi darurat yang secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan bahawa mahkamah tiada kuasa atau bidang kuasa untuk mendengar kes sedemikian.

“Justeru, lebih baik persoalan perundangan berkaitan Najib ini diselesaikan terlebih dahulu di mahkamah sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan mengikut saluran berkaitan,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Terdahulu Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda pada mesyuarat akan datang.

Ini berikutan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pada Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang Di-pertuan Agong (YDPA) terdahulu.

Sementara itu seorang lagi pakar perlembagaan, Prof Madya Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula berpandangan bekas Perdana Menteri itu disaran mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan bagi menamatkan persoalan pihak mana bersalah dalam polemik titah adendum.

“Saya berpandangan, lebih baik Najib menarik balik kes (berkait kesahihan titah adendum di Mahkamah Rayuan) dan memfailkan permohonan baharu (kepada Lembaga Pengampunan).

“Ia lebih wajar dan akan menamatkan persoalan pihak mana yang bersalah dalam polemik titah adendum ini,” katanya

Beliau berkata, isu sama ada titah itu wujud atau tidak bukanlah satu-satunya pemutus sama ada Najib akan menjalani tahanan di rumah kerana persoalan pokok adalah kuasa prerogratif Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, prerogatif Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 itu bermula apabila syarat tatacara yang termaktub dipenuhi.

“Bagi memastikan polemik Titah Adendum tidak berlarutan, adalah lebih baik permohonan baharu dibuat

“Ini kerana isu ini boleh menimbulkan prasangka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong kerana ia membabitkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu.

“Lebih tertib jika isu ini tidak berlarutan kerana Najib sudah dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Negara dan Istana Negara untuk mengemukakan permohonan baharu.

“Ini akan memberi lebih kesejahteraan dan keharmonian, sekali gus menoktahkan polemik berkaitan,” katanya. – 5 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

Related