2 kakitangan badan berkanun disyaki seleweng RM600,000 ditahan reman

SPRM Perlis turut menyita dan merampas barangan mewah termasuk barangan kemas berjumlah kira-kira RM100,000

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua suspek wanita berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis.

Perintah reman selama empat hari sehingga 11 Januari ini dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.

“SPRM Perlis juga telah menyita dan merampas barangan mewah termasuk barangan kemas berjumlah kira-kira RM100,000,” dipercayai diperolehi hasil daripada perlakuan jenayah tersebut,’’ katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis ,Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, SPRM Perlis juga akan melihat aspek tatakelola jika wujud kelemahan sistem dan prosedur berkaitan pengurusan terimaan dan perbelanjaan di badan berkanun tersebut bagi menutup ruang dan peluang berlakunya salah guna kuasa. – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related