Mayat dalam but kereta: Pemandu lori didakwa bunuh lelaki

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, dilaporkan berkata dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan

1:53 PM MYT

 

MERSING – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, yang mayatnya ditemukan dengan kesan kecederaan pada leher di dalam but kereta, bulan lepas.

Hasbullah Adam, 36, didakwa membunuh Shakirin Mohamad, 28, yang juga seorang pemandu lori, di tepi jalan kilometer 48, Jalan Jemaluang Kahang, antara jam 6.10 pagi pada 26 Disember 2024 hingga 1.50 tengah hari pada 28 Disember 2024.

Tertuduh, yang juga pemandu lori, sekadar mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, demikian memetik laporan Berita Harian.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan dikenakan sebatan tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Februari untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia, forensik dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Foo Fang Leong manakala tertuduh diwakili peguam Azlan Bohari.

Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat lelaki tempatan dalam keadaan berpakaian lengkap dalam but kereta jenis Proton Waja miliknya di dalam semak, dengan kesan kecederaan di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, dilaporkan berkata dendam dipercayai menjadi motif utama pembunuhan.

Hasil siasatan membawa kepada tangkapan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 30an, di Johor Bahru pada 29 Disember lalu.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, dilaporkan berkata suspek lelaki yang ditahan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala wanita pula dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebagai saksi pendakwaan. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related