Kerajaan tidak akan dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum: Dr Zaliha

Itu hanya hak Lembaga Pengampunan, kata Dr Zaliha selepas Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butirannya

7:05 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan mendedahkan kepada umum butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membincangkan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang juga seorang daripada ahli dalam Lembaga Pengampunan berkata minit mesyuarat adalah sulit.

“Jadi kita tak boleh buat perkara itu (minit mesyuarat) open lah ya. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum, bagi menghentikan spekulasi berhubung dokumen tambahan yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Shamsul Iskandar dilaporkan berkata pendedahan minit mesyuarat itu bagi memberi penjelasan sebenar mengenai dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. – 9 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related