‘Sandwic ham’: KK Mart lapor polis ke atas pembekal, tutup kedai di UM 

Surat tuntutan turut dihantar kepada pembekal Shake And Bake Cafe Sdn Bhd

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kedai serbaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd telah membekukan semua urusan perniagaan dengan pembekal yang didakwa membekalkan sandwic yang mengandungi logo yang diragui di salah satu cawangannya di Universiti Malaya (UM).

KK Super Mart dalam kenyataannya memberitahu produk sandwic itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, dan laporan polis turut dibuat ke atas syarikat itu pada 11 Januari lalu.

Menurut KK Super Mart, produk berkenaan dibekalkan di 16 KK Concept Store.

“KK Super Mart telah membuat satu laporan polis pada 11 Januari 2025 berkenaan perkara ini dan mengarahkan peguam untuk menghantar Surat Tuntutan (LOD) yang bertarikh 10 Januari 2025 kepada Shake And Bake Café Sdn Bhd berkenaan perkara di atas.

“Pihak Shake And Bake Cafe Sdn Bhd telah mengemukakan sijil Halal bagi Chicken Ham (kepingan ayam) dan kepingan keju tersebut serta penulisan perkataan ini adalah daripada pihak Shake And Bake Cafe Sdn Bhd.

“Selain daripada itu, bagi membendung perkara ini dua premis di Universiti Malaya juga telah ditutup untuk siasatan lanjut.

“Tulisan dipamerkan pada bungkusan roti sandwich tersebut serta penulisan perkataan ini adalah daripada pihak Shake And Bake Cafe Sdn Bhd.,’’ katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh mengecam kedai serbaneka KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) kerana didakwa menjual `sandwic ham’ yang mengandungi logo halal yang diragui.

Akmal berkata ia merupakan insiden kedua melibatkan kedai serbaneka berkenaan yang telah menyentuh sensitiviti orang Islam selepas isu stokin tertera kalimah Allah.

Menurut KK Super Mart, hanya 16 KK Concept Store sahaja yang mempunyai kemasukan produk ini dan berikutan itu KK Super Mart serta- merta membekukan urusan perniagaan bersama Shake And Bake Cafe Sdn Bhd serta menghentikan segala pemprosesan produk ini daripada kemasukan ke mana- mana outlet dalam tempoh siasatan ini. 

“Dari sudut penguatkuasaan undang-undang kami difahamkan, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan KPDN telah melakukan serbuan ke atas kilang Shake And Bake Cafe Sdn Bhd pada 10 Januari 2025 di Sunway Damansara,’’ katanya.

KK Super Mart juga memandang serius dengan perkara berkenaan dan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

“Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan kami, kerjasama penuh akan diberikan dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan kami,’’ katanya. – 13 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related