264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih: Fahmi

Fungsinya akan terus ditambah baik termasuk dengan melaksanakan 'site hardening' di kawasan yang berpotensi terjejas banjir

1:33 PM MYT

 

TUMPAT – Sebanyak 264 menara telekomunikasi di Kelantan yang terjejas akibat banjir telah selesai dibaik pulih, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

“Satu daripada penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan melaksanakan ‘site hardening’. Oleh itu, saya memohon supaya kajian dilakukan ke atas keperluan melaksanakan ‘site hardening’ di menara-menara ini, terutamanya di kawasan yang berpotensi terjejas oleh banjir. Beberapa tindakan pencegahan juga perlu diambil sebelum Oktober ini.

“Seperti yang kita ketahui, Oktober adalah bulan persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), jadi segala langkah perlu diambil sebelum musim itu tiba,” katanya kepada pemberita selepas meninjau menara telekomunikasi milik ARC yang terjejas banjir baru-baru ini, di Kampung Jubakar Pantai, di sini, hari ini.

Fahmi turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan bengkel bersama semua syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengenal pasti kawasan menara telekomunikasi yang sebelum ini tidak dilanda banjir, tetapi berpotensi terjejas pada masa hadapan.

Beliau berkata satu daripada menara telekomunikasi di Tumpat yang sebelum ini tidak dikategorikan sebagai kawasan berpotensi banjir, tetapi telah terjejas akibat bencana itu baru-baru ini.

“Oleh itu, MCMC bersama syarikat-syarikat telekomunikasi diminta untuk mengadakan bengkel simulasi bagi menilai impak sekiranya air mencecah paras tertentu di kawasan menara,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerja-kerja penggantian peralatan dan naik taraf menara yang terkesan memerlukan kos yang besar. 

Sehubungan itu, Fahmi meminta kementerian dan MCMC meneliti penyelesaian yang lebih mampan dan berdaya tahan.

“Antara langkah yang boleh diambil termasuk penggunaan teknologi alternatif seperti tenaga solar di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Selain itu, teknologi baharu yang sedang diuji melalui projek rintis di beberapa kawasan juga akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan pada masa hadapan,” katanya. – 20 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related