Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1737891072:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 62
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 245286
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Difahamkan 1,000 pesawah akan berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri esok menuntut campur tangan PM dalam isu harga lantai padi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752061183";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752061183
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Isu harga belian padi: ‘hak pesawah untuk serah memorandum’ kata Mohamad | Scoop

Isu harga belian padi: ‘hak pesawah untuk serah memorandum’ kata Mohamad

Difahamkan 1,000 pesawah akan berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri esok menuntut campur tangan PM dalam isu harga lantai padi

7:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawah mempunyai hak untuk menyuarakan keluhan mereka dan kerajaan tidak menghalang mana-mana kumpulan yang ingin menghantar memorandum berhubung isu itu ke pejabat Perdana Menteri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengulas mengenai dakwaan kira-kira 1,000 pesawah dijangka menghantar memorandum ke Bangunan Perdana Putra, esok.

“Itu hak mereka untuk hantar memorandum dan sebagainya dan kita akan ikuti dengan perbincangan-perbincangan secara intensif dengan semua pihak, hingga sidang Parlimen akan datang.

“Kita akan buat beberapa pengumuman yang sedang dimuktamadkan oleh beberapa pihak termasuk Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi tujuan penambahbaikan,’’ katanya pada sidang media selepas selepas Konvensyen Amanah hari ini.

Difahamkan 1,000 pesawah itu akan berkumpul di hadapan Pejabat Perdana Menteri esok bagi menuntut agar Perdana Menteri campur tangan dalam isu berhubung harga lantai padi.

Sebelum ini, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) membantah penurunan harga belian padi antara RM1,500 hingga RM1,800 kepada RM1,300 satu tan metrik yang disifatkan tidak lagi relevan.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, penetapan harga ini adalah tidak adil malah langsung tidak mencerminkan realiti kos pengeluaran padi yang semakin meningkat.

Sementara Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pula mencadangkan penubuhan suruhanjaya bebas bagi menggantikan Industri Padi dan Beras (IPB) serta Bernas yang didakwa gagal mengurus kemelut berkait makanan ruji negara itu.

Pengerusinya, Norysharin Hamidon berkata, suruhanjaya itu diyakini dapat membebaskan kedaulatan makanan negara, terutama padi beras yang dilihat terancam isu seperti monopoli, ketirisan agihan bantuan serta subsidi, amalan rasuah dan ketidakcekapan pengurusan.

Malah pembangkang turut menyifatkan penetapan harga lantai padi pada RM1,300 per tan adalah satu tindakan yang didakwa ‘membunuh’ kehidupan pesawah. – 26 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Uncertainty looms over Malaysia Purple League revival, BAM awaits organiser’s proposal

The revival of the Malaysia Purple League (MPL) remains uncertain as the Badminton Association of Malaysia (BAM) has yet to receive any proposals from the organisers.

[UPDATED] Federal Court rules Hadi remains Marang MP

PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang remains as Marang MP with the Federal Court’s dismissal today of a Barisan Nasional candidate’s appeal. 

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Related