Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1737892028:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan bakal disusuli tindakan undang-undang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 245290
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 88
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749554291";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749682413";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749682413
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Budak 11 tahun alami pendarahan serius selepas berkhatan | Scoop

Budak 11 tahun alami pendarahan serius selepas berkhatan

Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan bakal disusuli tindakan undang-undang

7:47 PM MYT

 

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai semalam.

Bapa kepada kanak-kanak itu, Ahmad Mudzakkir Ahmad Mukri, 37, berkata anak sulung daripada tiga beradik berusia 11 tahun berkenaan menyertai satu program berkhatan di sebuah masjid dekat sini dengan bayaran RM50.

“Prosedur berkhatan dilakukan oleh doktor dan waris tidak dibenarkan masuk untuk melihat. Setelah selesai, doktor suruh bawa anak pulang dan tak lama selepas itu, bahagian luka pada alat sulit anak mengalami pendarahan,” dakwanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ahmad Mudzakkir kemudian memaklumkan perkara itu kepada doktor terlibat dan diminta supaya membawa anaknya ke sebuah klinik di sini.

“Di klinik itu, doktor buka semula jahitan dan jahit kembali pada bahagian luka itu, tetapi masih berdarah dan doktor berkenaan kemudian meminta saya bawa anak ke sebuah lagi klinik di Jitra.

Ahmad Mudzakkir mendakwa, doktor di klinik itu juga membuka semula jahitan sebelum meminta dia membawa anaknya ke bahagian kecemasan HSB.

Dia berkata anaknya kemudian selamat menjalani pembedahan pada pagi tadi, dan keadaannya bertambah baik tetapi masih dirawat di HSB.

“Saya terkilan sebab anak saya terpaksa menahan sakit kerana jahitan dibuka berulang kali. Masih terngiang-ngiang suara dia meraung ketika jahitan dibuka dan dijahit semula,” katanya, yang mendakwa belum dimaklumkan tentang punca pendarahan itu setakat ini.

Ahmad Mudzakkir berkata susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, dan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sebagai peringatan agar tiada lagi kes sama berulang. – 26 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related