Kes tembak Tanjung Rhu: PM jamin siasatan telus

Anwar turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang tindak balas ekoran demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan kerajaan akan menjalankan siasatan yang rapi dan telus berhubung insiden tembakan melibatkan warga Indonesia di Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Januari lalu.

Perdana Menteri turut meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim dalam insiden berkenaan.

Anwar juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang tindak balas ekoran demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

“Saya ikuti kenyataan Presiden (Indonesia) Prabowo Subianto yang tentunya prihatin, tetapi (beliau) minta supaya ada siasatan yang rapi.

“Indonesia adalah negara sahabat, jadi saya bagi jaminan siasatan kita akan cukup rapi, cukup telus dan tidak untuk melindungi sesiapa.

“Dan pagi tadi saya telah minta supaya laporan siasatan awal disampaikan ke Kedutaan Indonesia. Ini hanya berlaku kerana negara ini sahabat baik dan siasatan ini biar lengkap sepenuhnya, akan dibuat, diteliti oleh rakan-rakan kita di Indonesia,” katanya, lapor Bernama.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Teh Rakyat Bersama YAB Perdana Menteri Sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa, Kanthan Baru di sini hari ini.

Terdahulu, Kedutaan Malaysia di Jakarta dilaporkan dibaling telur oleh sekumpulan penunjuk perasaan susulan insiden seorang warga Indonesia maut dalam kejadian tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, baru-baru ini.

Kompas TV melaporkan kira-kira 100 orang termasuk kumpulan hak asasi manusia berkumpul di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam dan menuntut siasatan telus dijalankan.

Pada 24 Januari lalu, lima lelaki warga Indonesia termasuk seorang maut ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, Kuala Langat.

Dalam kejadian pada jam 3 itu, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilanggar empat kali oleh sebuah bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan tugas rondaan di perairan terbabit.

Kesemua mangsa itu berusia 30 hingga 40an dengan tiga yang cedera dihantar ke Hospital Serdang dan seorang di Hospital Klang. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

New beginnings: Sabah debuts its own MM2H programme

Move aims to attract retirees, expatriates, long-term residents amid disagreements with federal Tourism Ministry

Related