Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1738322961:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 179
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 245785
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:104:"'Kita hampir selesaikan siasatan dan akan merujuk pihak Pendakwa Raya dalam masa terdekat,' kata Hussein";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749628350";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:16;i:2;i:1;i:1;i:7;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749970041";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749970041
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Siasatan kes tembak Tanjung Rhu hampir selesai, polis rakam 14 percakapan termasuk 2 anggota APMM | Scoop

Siasatan kes tembak Tanjung Rhu hampir selesai, polis rakam 14 percakapan termasuk 2 anggota APMM

'Kita hampir selesaikan siasatan dan akan merujuk pihak Pendakwa Raya dalam masa terdekat,' kata Hussein

6:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis kini dalam proses melengkapkan siasatan kejadian tembakan membabitkan warga Indonesia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes berkenaan juga akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kita hampir selesaikan siasatan dan akan merujuk pihak Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan; Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Selain itu beliau berkata, polis masih memburu dua lelaki Indonesia yang menghantar tiga daripada empat pendatang asing terbabit ke Hospital Sultan Idris Shah di Serdang selepas cedera ditembak.

Beliau berkata, dua lelaki itu dipercayai turut terbabit dalam kejadian awal pagi itu, malah polis yakin ada beberapa lagi individu turut terbabit berdasarkan saiz bot dan keterangan saksi.

Mengulas tindakan anggota Maritim Malaysia melepaskan tembakan terbabit, Hussein berkata, agensi berkenaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sendiri untuk melepaskan tembakan apabila mereka diancam.

“Setakat ini kita sudah merakam 14 percakapan membabitkan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), selain dua daripada empat suspek yang cedera.

“Mereka terlibat aktiviti penyeludupan manusia yang mana mereka termasuk seorang yang meninggal dunia dikesan tiada dokumen sah.

“Kita percaya mereka dalam proses keluar dari perairan negara menggunakan laluan tidak sah,” katanya.

Pada 24 Januari lalu, lima lelaki warga Indonesia termasuk seorang maut ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, Kuala Langat.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dilanggar empat kali oleh sebuah bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan tugas rondaan perairan terbabit.

Kesemua mangsa itu berusia 30 hingga 40an dengan tiga yang cedera dihantar ke Hospital Serdang dan seorang di Hospital Klang.

Dalam pada itu, Kedutaan Malaysia di Jakarta dilaporkan dibaling telur oleh sekumpulan penunjuk perasaan susulan insiden kematian seorang warga Indonesia dalam kejadian tembakan itu.

Kompas TV melaporkan kira-kira 100 orang termasuk kumpulan hak asasi manusia berkumpul di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam.

Mereka membaling telur di pintu gerbang dan bangunan kedutaan.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis ‘tangkap dan penjarakan polisi Malaysia yang menembak mati pekerja imigran Indonesia’’.

Pada Rabu, pihak berkuasa Indonesia di Wilayah Riau telah menerima jenazah warga Indonesia yang maut dalam kejadian berkenaan.

Jenazahnya selamat disemadikan di Pulau Rupat, Bengkalis. – 31 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related