Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1738384651:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 245839
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:98:"Tidak mengapa jika Afdlin mahu menolak atau menafikan tuduhan tersebut itu hak beliau, kata Zaliha";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 95
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750281088";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750281088
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Siasatan dakwaan salah laku Afdlin libat projek RM4 juta DBKL dijangka siap minggu depan: Zaliha | Scoop

Siasatan dakwaan salah laku Afdlin libat projek RM4 juta DBKL dijangka siap minggu depan: Zaliha

Tidak mengapa jika Afdlin mahu menolak atau menafikan tuduhan tersebut itu hak beliau, kata Zaliha

12:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkaitan perolehan projek RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka siap minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, siasatan berkenaan sedang dijalankan oleh unit integriti DBKL dan semua pihak termasuk Afdlin akan dipanggil.

“Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak atau menafikan tuduhan tersebut itu hak beliau. Tapi kita dari sudut tata kelola jabatan khususnya dan agensi kita kena jalankan yang sepatutnya.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan, kalau tidak bersalah tiada masalah, tetapi jika terkait maka kita akan ambil tindakan seterusnya,’’ katanya, lapor Malaysia Gazette.

Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya di Taman Botani, Presint 1 di Putrajaya, hari ini.

Pada 28 Januari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengesahkan DBKL melancarkan siasatan dalaman itu dengan kerjasama unit integriti DBKL.

Pada Jumaat, Afdlin memaklumkan beliau telah membuat laporan polis terhadap tuduhan salah laku dalam perolehan sebuah projek di bawah DBKL.

Afdlin, yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur melalui entri di Instagram (IG), menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek itu dan mendakwa isu dimainkan adalah agenda yang sengaja dilakukan untuk memburukkan namanya.

Menerusi hantaran sama, Afdlin memaklumkan, dia bersedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan berhubung salah laku itu.

Selain itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan turut sedia membantu DBKL dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku pemberian projek itu.

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat itu mula tular di media sosial sejak minggu lalu.

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Menurut dakwaan di media sosial, ahli lembaga penasihat tersebut dikatakan memegang jawatan dalam syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata pihaknya tiada akan berkompromi bagi perkara yang melibatkan salah laku tatakelola sehingga menjejaskan aspek integriti di Wilayah Persekutuan.

“Tetapi jika yang terkait maka kita akan ambil kenyataan atau tindakan seterusnya. Sudah tentu saya sepanjang masa tidak ada kompromi dengan perkara-perkara berkaitan dengan salah laku tatakelola ini, itu memang yang sentiasa kita pegang,’’ katanya. – 1 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related