Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1738745270:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 97
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 246256
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:163:"Anthony Loke mempersoalkan sama ada kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bermotifkan politik dan bertujuan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748410217";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748191452";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:10;i:1;i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748410217
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Loke persoal Pengerusi PAC, dakwa ada ‘motif politik’ dalam siasatan MAHB | Scoop

Loke persoal Pengerusi PAC, dakwa ada ‘motif politik’ dalam siasatan MAHB

Anthony Loke mempersoalkan sama ada kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bermotifkan politik dan bertujuan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempertikaikan kenyataan pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sama ada ia bermotifkan politik dan bertujuan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya memandangkan beliau adalah Menteri dari DAP.

“Dia (Mas Ermieyati) kena faham struktur MAHB, seolah-olah dia keliru…. saya tak tahu dia tak faham ataupun sengaja tak nak faham MAHB ini sebuah syarikat tersenarai dan ia bukan di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Dia cuba nak mengaitkan isu ini dengan Kementerian Pengangkutan, saya tak tahu ada agenda politik atau tidak sebab kebetulan Menteri Pengangkutan ini daripada DAP, jadi dia nak salahkan DAP, apa pun (semua nak) salah DAP,” katanya, yang dipetik dari BH.

Mas Ermieyati sebelum ini dilaporkan berkata ia tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa individu penting termasuk Menteri Pengangkutan berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham MAHB oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, Loke bersama-sama semua individu berkenaan akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding secara berperingkat yang akan bermula minggu kedua bulan ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada kementeriannya termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

Loke menegaskan beliau dan kementeriannya tidak terlibat dalam urus niaga korporat berkata sebarang keputusan oleh PAC harus dibuat oleh jawatankuasanya, bukan hanya oleh pengerusinya.

“Dia tidak boleh suka-suka buat kenyataan. PAC ini bukan seorang saja. Walaupun dia pengerusi, dia bukannya seorang saja,” katanya.

Ditanya sama ada beliau telah dipanggil oleh PAC, Loke memberitahu sebarang permintaan daripada jawatankuasa berkenaan perlu dibuat secara rasmi kepada kementeriannya.

“Kita akan lihatlah apa skop yang dia nak tanya dan sebagainya. Kalau skop itu bukan di bawah kita, kita akan tulis kepada Speaker Dewan Rakyat bahawa ini tak ada kena-mengena dengan Kementerian Pengangkutan,” katanya

Loke berkata MAHB adalah sebuah syarikat tersenarai dan tidak berada di bawah Kementerian Pengangkutan justeru soal pemilikan ekuiti MAHB oleh institusi termasuk Khazanah Nasional Bhd dan KWSP diuruskan oleh pengurus dana institusi tersebut.

“Dalam kes yang disebutkan itu, ia merujuk kepada KWSP. Jadi kalau nak tanya penjelasan, tanyalah KWSP, bukan kementerian saya,” katanya. – 5 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related