Larangan kanak-kanak sertai haji: Malaysia tidak terkesan, kata Na’im

Tabung Haji (TH) menetapkan had umur 15 tahun ke atas sahaja yang layak menunaikan ibadah haji

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu yang dibuat oleh Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.

Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Tabung Haji (TH) menetapkan had umur 15 tahun ke atas sahaja yang layak menunaikan ibadah haji.

“Kalau kita tengok pengumuman tersebut, larangan itu terhadap kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Dalam konteks kita (Malaysia), memang dah tetapkan umur baligh iaitu 15 tahun.

“Dengan umur yang telah ditetapkan oleh TH tawaran (haji) iaitu menawarkan (haji) kepada jemaah haji yang layak paling kecil 15 tahun, jadi mereka ini tidak terkesan dengan peraturan baharu yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pemberita pada Majlis Penyampaian Biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Insentif Khas kepada pelajar asnaf di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di sini hari ini.

Terdahulu, Arab Saudi telah memperkenalkan beberapa peraturan ketat menjelang musim Haji pada Jun ini termasuk tidak membenarkan kanak-kanak untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak memandangkan kesesakan yang luar biasa setiap kali musim haji.

“Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta untuk mengurangkan sebarang potensi kemudaratan semasa musim haji,’’ kata kementerian tersebut, lapor azernews.az.

Pada 15 Januari lalu, Na’im mengesahkan kuota haji pada tahun ini adalah seramai 31,600 jemaah dan sedang berusaha mendapatkan 10,000 lagi kuota tambahan daripada Arab Saudi.

Jumlah kuota haji itu adalah di antara kandungan Memorandum Urusan Haji yang ditandatangani beliau dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Al-Rabiah di Superdome, Jeddah, baru-baru ini. – 12 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related