Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1741152545:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 249125
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:129:"Pegawai berkenaan juga diberikan kaunseling dan peringatan oleh Pengarah Imigresen Negeri serta akujanji diadakan pada 3 Mei 2024";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 80
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750959464";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750959464
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
27 pegawai Imigresen ditahan di kelab malam diberikan surat tunjuk sebab dan kaunseling | Scoop

27 pegawai Imigresen ditahan di kelab malam diberikan surat tunjuk sebab dan kaunseling

Pegawai berkenaan juga diberikan kaunseling dan peringatan oleh Pengarah Imigresen Negeri serta akujanji diadakan pada 3 Mei 2024

1:20 PM MYT

 


KUALA LUMPUR –
 27 pegawai Imigresen yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam pada April tahun lepas telah diberikan surat tunjuk serta kaunseling, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, surat tunjuk sebab itu dikeluarkan bagi mengetahui alasan keberadaan mereka di premis berkenaan dan bagi mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan penyalahgunaan dadah.

Pada 9 Januari lalu, Scoop melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengesahkan bahawa 27 daripada 61 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Kampung Pandan di sini pada April 2024 adalah pegawainya.

Menurut Saifuddin, pegawai berkenaan juga telah diberikan kaunseling dan peringatan oleh Pengarah Imigresen Negeri serta akujanji telah diadakan pada 3 Mei 2024.

“Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah membuat ujian urin ke atas semua 27 pegawai terlibat pada tarikh 4 Jun 2024 sehingga 14 Jun 2024.

“Keputusan yang diperoleh adalah ‘negatif’,’’ katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Saifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN – Tasek Gelugor) yang ingin mengetahui tindakan yang diambil ke atas 27 pegawai Jabatan Imigresen yang ditangkap di sebuah kelab malam pada tahun lepas, yang jelas melanggar peraturan sebagai pegawai penguatkuasa meskipun mungkin tidak kesalahan jenayah dilakukan.

Pada 9 Januari lalu, Scoop mendedahkan 161 individu termasuk 27 pegawai Imigresen berkenaan ditahan di sebuah kelab  dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Bukit Aman.

Berdasarkan laporan polis yang diperoleh Scoop, pihak berkuasa menyerbu Mansion 9, yang terletak di Jalan Kampung Pandan, pada 26 April 2024 pada jam 1.30 pagi berikutan maklumat mengenai aktiviti berkaitan dadah di premis itu.

Bagaimanapun, difahamkan, pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan dalam serbuan itu dibebaskan selepas didapati negatif dadah.

Sumber ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai serbuan di kelab malam itu yang turut membabitkan beberapa pegawai Imigresen yang sedang berhibur.

Serbuan itu berlaku hanya beberapa bulan sebelum bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, pada Julai 2023, menggesa pegawai di agensi tersebut supaya menjaga integriti jabatan dan mengelakkan salah laku.

Malah Ketua Pengarah JIM yang baharu, Datuk Zakaria Shaaban turut mengulangi komitmen jabatan itu terhadap akauntabiliti.

Pada November 2019, JIM mengeluarkan pekeling melarang kakitangan berada di kawasan berisiko tinggi seperti pusat hiburan, rumah urut, pusat premis perjudian atau seumpamanya yang boleh menimbulkan syak dan persepsi negatif terhadap organisasi kecuali dengan kebenaran Pengarah atau atas tugasan rasmi.

Ini kerana kehadiran pegawai dan kakitangan JIM di lokasi-lokasi ini boleh mendatangkan imej negatif kepada JIM apabila terdapat serbuan oleh agensi penguatkuasa yang lain. – 5 Mac 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related