Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1741863978:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 249825
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:193:"Menteri Sumber Manusia berkata, perkara itu mengundang kebimbangan bagi kelangsungan hidup berikutan pekerja berdepan pelbagai risiko, termasuk pendapatan tidak tetap apabila ditimpa kemalangan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 81
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752014171";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752187420";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752187420
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Hanya 26% daripada 1.16 juta pekerja gig carum Perkeso: Steven Sim | Scoop

Hanya 26% daripada 1.16 juta pekerja gig carum Perkeso: Steven Sim

Menteri Sumber Manusia berkata, perkara itu mengundang kebimbangan bagi kelangsungan hidup berikutan pekerja berdepan pelbagai risiko, termasuk pendapatan tidak tetap apabila ditimpa kemalangan

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perlindungan keselamatan sosial dalam kalangan pekerja gig masih rendah iaitu hanya 26% daripada 1.16 juta individu bekerja dalam sektor itu di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, perkara itu mengundang kebimbangan bagi kelangsungan hidup berikutan pekerja berdepan pelbagai risiko, termasuk pendapatan tidak tetap apabila ditimpa kemalangan.

Beliau berkata, kegusaran itu susulan perangkaan semasa menunjukkan sektor pengangkutan barangan atau makanan merekodkan kadar tuntutan tertinggi faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Jika diteliti data Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso,
pencarum bagi sektor pengangkutan barangan atau makanan terdiri daripada
123,173 individu iaitu 40.7 peratus berbanding jumlah keseluruhan 302,414
individu.

“Dari segi faedah, sejumlah RM8.98 juta disalurkan kepada pencarum di sektor ini
sepanjang 2024, dengan bilangan tuntutan mencecah 1,535 kes atau 32 peratus
daripada jumlah keseluruhan, tahun lalu.

“Justeru, liputan perlindungan sosial yang sudah dijadikan mandatori bagi sektor ini
wajar lebih meluas bagi memastikan kelangsungan sosioekonomi mereka tidak
terjejas andai ditimpa bencana kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perkeso dan foodpanda hari ini.

Sim turut menyaksikan MoU ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk.

MoU itu antara lain adalah tajaan RM200,000 dari foodpanda bagi membiayai baki 10
peratus caruman SPS Padanan Caruman 2.0 yang bakal memanfaatkan lebih 8,000
penghantar foodpanda sekali gus menjamin aspek kebajikan mereka.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

Selain itu Sim berkata, inisiatif foodpanda harus diteladani syarikat sektor sama kerana selain mengutamakan keuntungan, pengendali platform juga wajar mengimbangi keperluan membela nasib rakyat yang menjana pendapatan di sektor tidak formal.

“Tahun lepas, daripada RM100 juta peruntukan diberikan, kerajaan menyuntik
peruntukan tambahan RM86.2 juta untuk SKSPS demi memastikan tiada yang
terpinggir daripada mendapat manfaat perlindungan sosial,” katanya. – 13 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Uncertainty looms over Malaysia Purple League revival, BAM awaits organiser’s proposal

The revival of the Malaysia Purple League (MPL) remains uncertain as the Badminton Association of Malaysia (BAM) has yet to receive any proposals from the organisers.

[UPDATED] Federal Court rules Hadi remains Marang MP

PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang remains as Marang MP with the Federal Court’s dismissal today of a Barisan Nasional candidate’s appeal. 

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Related