Pembangkang ‘desperado’, berterusan main sentimen kaum: Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan pihak terbabit hanya membawa ‘gendang lapuk’ bagi menakutkan golongan Melayu

1:25 PM MYT

 

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pembangkang yang disifatkan ‘desperado’ apabila sering memainkan sentimen perkauman untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri menegaskan pendekatan pihak terbabit yang dikatakan lebih gemar memainkan sentimen perkauman berbanding membahaskan dasar kerajaan, sebagai tindakan yang sudah lapuk.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, luahan berkaitan sentimen perkauman diketengahkan pihak terbabit tidak memberi gambaran sebenar mengenai situasi yang berlaku di negara ini.

“Tiada skandal membabitkan pimpinan negara… rasuah atau salah guna kuasa, yang ada ialah memperalatkan isu kaum (kononnya) kerajaan lemah kerana tunduk kepada kuasa parti, khususnya DAP.

“Apakah mereka tidak kenal DAP? Mereka kenal. Dalam Pakatan Rakyat dulu hampir 15 tahun PAS bersama DAP. Semasa PH dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang sekarang Bersatu pun pernah duduk semeja dengan pimpinan DAP.

“Apakah luahan mereka itu (adalah) kenyataan benar? Tidak. Luahannya adalah golongan ‘desperate’ (terdesak), ini yang dikatakan ‘desperado’ dalam politik,” katanya
merasmikan Kongres DAP Ke-18 di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Datuk Ewon Benedick dan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Beliau turut menyifatkan pihak terbabit hanya membawa ‘gendang lapuk’ bagi menakutkan golongan Melayu.

“Tiada kritikan dasar (atau) pandangan baharu, tetapi bawa gendang lama (mahu) menakutkan masyarakat Melayu mengenai kemaraan kelompok cina, apatah lagi yang diperjuangkan dengan lambang DAP.

“Saya tidak memilih untuk apogetik atau defensif, (tapi) mahu semua dengar,
(untuk) angkat martabat negara, perkukuh tata kelola, kita perlu penyertaan semua kaum,.

“Negara ini tidak boleh mengikuti rentak negara lain yang mungkin ada pelbagai kaum. Negara ini mesti tegak atas landasan yang betul,” katanya. – 16 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related