Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742108992:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 76
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250067
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:91:"Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan tiada masalah antara mereka dan ia adalah amalan biasa";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748429927";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748429927
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

)
Bukan boikot, Umno, BN tak dijemput Kongres DAP: Loke | Scoop

Bukan boikot, Umno, BN tak dijemput Kongres DAP: Loke

Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan tiada masalah antara mereka dan ia adalah amalan biasa

2:27 PM MYT

 

SHAH ALAM – DAP menafikan ketiadaan wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) pada kongres ke-18 parti itu hari ini disebabkan kerana boikot.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, sebaliknya penganjuran kongres berkenaan tidak membabitkan kehadiran pemimpin utama selain daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Kita lebih kepada perhimpunan dalam PH. Adakala kita jemput (parti komponen dalam kerajaan Perpaduan).

“Namun Kongres kali ini kita tak jemput (Umno, BN dan gabungan lain). (Konvensyen) BN pun hanya jemput parti komponen mereka.

“Bukannya kita ada apa-apa masalah (antara DAP dan BN) cuma kadang-kala kita hanya membabitkan komponen kita sendiri dan (amalan) ini biasalah.

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) pun adakan himpunan mereka sendiri, BN pun adakan himpunan mereka sendiri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan berlaku situasi agak tegang antara DAP dan Umno susulan perselisihan membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng minggu lalu, dilaporkan berkata masa depan beliau dalam DAP hanya akan ditentukan ahli parti berkenaan, bukannya Umno.

Reaksi Pengerusi DAP itu adalah maklum balas terhadap kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal tahun ini yang mengkritik dan mendakwa masa bekas Menteri Kewangan itu sudah berlalu.

Kenyataan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN itu sekali gus memberi petunjuk yang Guan Eng tidak lagi menjadi sebahagian daripada kepemimpinan parti.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut memberi peringatan kepada Ahmad Zahid mengenai kedudukan DAP bukannya berada dalam gabungan BN, sebaliknya ia adalah parti komponen PH.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, DAP akan menggerakkan jentera parti itu untuk membantu calon BN yang mewakili kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Perak.

“Ini sudah menjadi kebiasaan kita. Dalam mana-mana PRK pun yang membabitkan parti dalam kerajaan Perpaduan akan kita bantu.

“Seperti mana juga mereka bantu kita di (PRK DUN) Kuala Kubu Bharu sebelum ini, sudah tentu kita akan bantu di DUN Ayer Kuning juga,” katanya

Hari pengundian PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April susulan kekosongan kerusi selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia pada 22 Februari lalu, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. – 16 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Kajang crime rate drops 13.5% thanks to community efforts: police chief

Resident associations, police efforts in crime prevention programmes prove highly effective, says Datuk Hussein Omar Khan

Related