Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742127848:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250100
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:148:"Guan Eng yang sebelum ini dikhabarkan bakal tersingkir memperoleh sebanyak 1,719 undi, manakala Gobind unggul dengan undian tertinggi sebanyak 2,785";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 94
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752501820";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752008616";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752501820
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

)
Guan Eng kekal dalam CEC, Gobind ungguli pemilihan DAP | Scoop

Guan Eng kekal dalam CEC, Gobind ungguli pemilihan DAP

Guan Eng yang sebelum ini dikhabarkan bakal tersingkir memperoleh sebanyak 1,719 undi, manakala Gobind unggul dengan undian tertinggi sebanyak 2,785

7:36 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng terpilih antara 30 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP apabila menduduki tempat 26 pada pemilihan parti itu hari ini.

Manakala bekas naib pengerusi, Gobind Singh Deo menggungguli pemilihan dengan menerima undian tertinggi sebanyak 2,785.

Guan Eng yang sebelum ini dikhabarkan bakal tersingkir bagaimanapun memperoleh sebanyak 1,719 undi.

Sementara itu Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke terus mengekalkan pengaruhnya dalam DAP selepas sekali lagi dipilih menganggotai CEC parti itu dengan memperoleh undi 2,508 menduduki tangga kelima.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP, Desmond Tan pada Kongres Ke-18 parti berkenaan yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam dekat sini.

Barisan 30 ahli CEC baharu DAP itu kemudian dijadual mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan perjawatan bakal disandang bagi setiap pemimpin yang dipilih menganggotai kepempimpinan utama parti berkenaan.

Selain Loke, empat daripada enam bekas Naib Pengerusi DAP, masing-masing Gobind Singh Deo; Chong Chien Jen; Chow Kon Yeow dan Nga Kor Ming turut mengesahkan keanggotaan dalam barisan kepemimpinan baharu parti itu.

Satu daripada tiga bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong bersama bekas Setiausaha Organisasi, Steven Sim Chee Keong juga muncul sebagai antara pemimpin yang sekali lagi dipilih membarisi CEC parti itu.

Turut dipilih ialah, dua bekas Penolong Setiausaha Organisasi, Khoo Poay Tiong dan Ng Suee Lim serta bekas Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching serta bekas Penolong Setiausaha Publisiti, Hannah Yeoh.

Selain itu, Yeo Bee Yin; Ng Sze Han; Chan Foong Hin; Wong Kah Woh; Vivian Wong Shir Yee; Lee Chin Chen; Alice Lau Kiong Yeing; Liow Cai Tung; Teo Kok Seong; Syahreedzan Johan; Young Syefura Othman; Ramkarpal Singh; J Arul Kumar; P Kasturi; Howard Lee; Wong Shu Qi; Tan Hong Pin dan Ngeh Koo Ham.

DAP memulakan sesi pemilihan parti hari ini untuk memberi ruang kepada lebih 3,700 perwakilannya memilih 30 CEC yang baharu. – 16 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

RM5,000 fine for not reporting sexual crimes against children too low — Hafiz Hasan

Minors better protected if all offences under Sexual Offences Against Children Act 2017 are made seizable offences

More treatment plants to solve Kelantan’s water woes by 2028

The state has been ranked lowest for treated water supply coverage in a recent Auditor-General report

Related