Kemeriahan Ramadan: Wan Azizah, Yayasan MRCB santuni 2,500 golongan kurang berkemampuan

Yayasan berkenaan menyediakan sumbangan kewangan dan 'duit raya' kepada golongan yang memerlukan ketika Ramadan

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR  Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menyantuni golongan kurang berkemampuan di kawasan Parlimen itu dalam majlis berbuka puasa di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Cheras di sini.

Majlis berkenaan merupakan anjuran bersama Yayasan MRCB dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak serta turut menyantuni 2,500 golongan kurang berkemampuan untuk berbuka puasa.

Dr Wan Azizah, yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di masjid berkenaan kira-kira 5.55 petang, diiringi Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi MRCB Datuk Mohamed Nasir Ab Latif dan Pengerusi Yayasan MRCB Datin Jasmine Abdullah Heng.

Dr Wan Azizah turut menyampaikan sumbangan kewangan daripada Yayasan MRCB kepada 1,100 penerima terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim dan ibu tunggal bagi meringankan beban kewangan mereka dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah menyeru supaya Ramadan dijadikan sebagai medan mencari keberkatan, selain meninggalkan perkara serta kelakuan yang boleh mencetuskan perbalahan.

“Dalam bulan yang mulia ini, bukan sahaja mendidik diri menahan lapar dan dahaga tetapi kita didiklah diri merebut peluang mencari keberkatan. Jangan lakukan perkara yang jahat, buat khianat atau bergaduh.

“Sebaliknya, buatlah kebaikan, amalkan nilai ihsan dan rapatkan ukhuwah. Program ini juga satu lagi bukti kebersamaan dan nilai ihsan yang dibawa oleh Perdana Menteri,” katanya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kiri) hadir pada Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Masjid Saidina Othman Ibn Affan Cheras, semalam. Turut hadir, Pengerusi Yayasan MRCB Datin Jasmine Abdullah Heng (dua, kanan). – Gambar Bernama, 17 Mac, 2025

Sementara Jasmine pula memberitahu program berkenaan merupakan komitmen tahunan Yayasan MRCB dalam usaha memperkasakan komuniti yang menghadapi kesukaran.

“Ramadan melambangkan semangat memberi dan berkongsi rezeki. Justeru, Yayasan MRCB amat berbesar hati dalam menzahirkan nilai-nilai ini dengan memberikan sokongan penting kepada mereka yang memerlukan agar dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.

“Yayasan MRCB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah kerana sudi hadir dan menyokong majlis iftar ini serta komitmen berterusan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Menurut Jasmine, Yayasan MRCB  sehingga kini berjaya melaksanakan 118 program yang memberi manfaat kepada lebih 230,000 individu daripada golongan B40 melalui pelbagai inisiatif seperti pengagihan bantuan makanan, program pendidikan dan bantuan perubatan. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related