Insiden tampar: Polis ambil keterangan warga emas

Polis turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas terbabit selain mangsa sudah menjalani pemeriksaan di hospital

3:46 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Polis telah mengambil keterangan lelaki warga emas berumur 65 tahun yang dipercayai menampar seorang lelaki bukan Islam di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata pihaknya turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk anak lelaki warga emas terbabit. 

“Kertas siasatan kes dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini. Mangsa juga telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Keterangan doktor juga akan diambil.

“Insiden seperti ini adalah terpencil, bukan biasa berlaku di negara kita sebab negara kita sangat mengutamakan toleransi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di sini hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

“Jangan ambil tindakan undang-undang di tangan sendiri, ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dan orang awam boleh salur maklumat (sekiranya ada apa-apa berlaku),” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada 9.08 malam, Ahad.

Balveer Singh dipetik berkata dalam insiden pada 3.45 petang hari sama, pengadu yang ketika itu sedang makan mendakwa dirinya telah ditampar dua kali pada pipi sebelah kanan oleh lelaki tidak dikenali selepas ditanyakan tentang agamanya selain diminta menunjukkan MyKad sebagai bukti.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata insiden itu disifatkan sebagai tindakan provokasi selain tidak mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian negara berbilang kaum. 

Menurut Aaron, tindakan itu harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Insiden itu juga tular dalam media sosial menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat. – 18 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related