Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742358089:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250390
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:182:"Keputusan itu dibuat oleh Majistret A Shaarmini selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan terdapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 77
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748432974";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748084166";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:11;i:1;i:10;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748432974
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Warga emas tampar pemuda bukan Islam dilepaskan tanpa dibebaskan | Scoop

Warga emas tampar pemuda bukan Islam dilepaskan tanpa dibebaskan

Keputusan itu dibuat oleh Majistret A Shaarmini selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan terdapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) seorang warga emas, Abdul Razak Ismail, 65, yang menampar seorang lelaki bukan Islam, yang makan di pusat beli belah, Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret A Shaarmini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memberitahu terdapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Perintah itu dikeluarkan sejurus selepas mahkamah menetapkan tarikh sebutan seterusnya bagi kes tersebut dan sedang dalam proses menetapkan jaminan untuk suspek.

Berikutan itu Majistret memerintahkan kes itu di DNAA terlebih dahulu dan akan dituduh semula pada masa akan datang.

Terdahulu, mahkamah menolak pengakuan bersalah tertuduh selepas Abdul Razak mempertikaikan fakta kes walaupun mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan lelaki berkenaan.

Abdul Razak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di premis kedai serbaneka di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru,, kira-kira jam 3.45 petang, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun Abdul Razak tidak bersetuju dengan fakta kes yang dibacakan terhadapnya iaitu telah menyebabkan lebam pada pipi mangsa akibat tamparan.

Laporan itu menyatakan bahawa pegawai perubatan yang memeriksa mangsa mengesahkan kewujudan lebam tersebut.

Namun, Abdul Razak tidak bersetuju dan mendakwa dia tidak menampar mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan lebam.

Ini menyebabkan Majistret Shaarmini menolak pengakuan bersalahnya dan memerintahkan Abdul Razak untuk melantik peguam bagi membela diri.

“Saya terpaksa menolak pengakuan bersalah bersyarat kerana pengakuan bersalah seharusnya dibuat tanpa bersyarat,” kata Majistret.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada 9.08 malam, Ahad lalu.

Balveer Singh dipetik berkata dalam insiden pada 3.45 petang hari sama, pengadu yang ketika itu sedang makan mendakwa dirinya telah ditampar dua kali pada pipi sebelah kanan oleh lelaki tidak dikenali selepas ditanyakan tentang agamanya selain diminta menunjukkan MyKad sebagai bukti.

Insiden itu juga tular dalam media sosial menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat. – 19 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Related