Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742374024:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 76
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250425
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749311027";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:10;i:1;i:15;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749357206";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749357206
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:91:"Abdul Razak sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru";}
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Warga emas didakwa semula, mengaku tidak bersalah tampar pemuda bukan Islam | Scoop

Warga emas didakwa semula, mengaku tidak bersalah tampar pemuda bukan Islam

Abdul Razak sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang warga emas didakwa semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mencederakan seorang lelaki bukan Islam kerana makan di sebuah pasar raya di Johor Bahru, pada Ahad lalu.

Pengakuan tidak bersalah Abdul Razak Ismail, 65, terhadap tuduhan pindaan itu dibuat di hadapan Majistret A Shaarmini.

Pagi tadi, Abdul Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Berdasarkan tuduhan, pesara kerajaan itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 21 di tingkat satu sebuah pusat beli belah di Tampoi, Johor Bahru, kira-kira jam 6.15 petang, Ahad lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa dan Nur Fatihah Mohd Nizam sementara Abdul Razak diwakili peguam, Mohd Salleh Togimin.

Nor Afiqah menawarkan jaminan RM8,000 namun Mohd Salleh meminta jaminan dikurangkan memandangkan Abdul Razak perlu menanggung tiga anak termasuk seorang yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Shaarmini menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 29 April depan.

Terdahulu, Abdul Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Shaarmini setelah Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memberitahu terdapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Perintah itu dikeluarkan selepas mahkamah menolak pengakuan bersalah Abdul Razak apabila dia mempertikaikan fakta kes walaupun mengakui telah mencederakan mangsa.

Abdul Razak tidak bersetuju dengan fakta kes yang dibacakan terhadapnya iaitu telah menyebabkan lebam pada pipi mangsa akibat tamparan.

Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara menerusi satu kenyataan memberitahu pihaknya berpuas hati suatu pendakwaan wajar dikenakan terhadap individu tersebut.

“Prosiding pada 19 Mac 2025 di Mahkamah Majistret Johor Bahru, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit. Isu teknikal melibatkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang 19 Mac 2025,’’ katanya.

Kes berkenaan menjadi perhatian selepas rakaman video lelaki berkenaan ditampar telah tular di media sosial.

Ia turut mendapat perhatian daripada Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang menyifatkan tindakan berkenaan adalah provokasi yang tidak mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian negara. – 19 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related